<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Sunday, May 07, 2006

Bakeri Ria Academy

FARID BIN ALWI
PENGURUS BAKERI RIA ACADEMY

Berusia 34 tahun
Berpengalaman dalam bidang bakeri selama 12 tahun
Berkelulusan dalam bidang Electronic Instrumentation dari institut pengajian tinggi di Johor
Pengalaman bekerja:
ü Asst. engineer di True Tech (M) Sdn Bhd Johor Bharu
ü Menjadi chef di Hilton International Kuala Lumpur
ü Pegawai Penilai Dalam Kursus Junior Baker Level 1 dan Level 2 di Master Reach Network Bandar Baru Bangi
ü Pengurus Chelos Bakery Academy di Bandar Baru Bangi
ü Chef Baker di Jaya Jusco
ü Penolong Pengurus Bakeri Ria Sdn Bhd
ü Pengurus Bakeri Ria Academy
ü Berpengalaman mengajar dalam kursus bakeri selama 5 tahun
ü Membuat R & D untuk mencipta resepi terkini produk bakeri
ü Menjadi perunding perniagaan bakeri untuk Chelos Bakeri dan Jah Bakery di Bentong


PENDAHULUAN

Bagi menyahut seruan kerajaan yang meggalakkan rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Bakeri Ria Academy telah mengambil insentif untuk membantu para usahawan dan individu yang berminat menjalankan perniagaan bakeri dengan merancang mengadakan kursus-kursus bakeri kepada mereka sesuai dengan pengalaman Bakeria Ria Sdn Bhd yang telah menceburi bidang ini selama lebih dari 20 tahun.

Selain daripada itu, Bakeri Ria Academy juga bersedia menjadi perunding kepada bakal-bakal usahawan yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan stratei perniagaan, lokasi premis, modal dan peralatan yang diperlukan, strategi pemasaran dan promosi dan sebagainya.

PENGENALAN

Industri perniagaan berteraskan makanan kini semakin pesat membangun di Malaysia. Perubahan gaya hidup dan peningkatan taraf ekonomi khususnya rakyat di Malaysia adalah merupakan dua faktor penting yang menyumbang kepada amalan pemakanan yang sihat bagi orang ramai. Ditambah lagi dengan kepesatan taraf pendidikan dan kemudahan maklumat terkini, ianya telah menjadikan orang ramai semakin menitikberatkan soal pemakanan dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan secara seimbang dan berkhasiat.

Salah satu bidang pembekalan makanan yang sedang berkembang pesat dan mempunyai permintaan yang tinggi pada masa kini ialah bidang penyediaan Kek, Pastry dan Roti atau lebih dikenali dengan bakeri. Hasilan produk bakeri yang pelbagai jenis telah menjadi pilihan orang ramai yang mementingkan makanan yang segera dan bermutu. Malah, produk-produk bakeri juga amat senang didapati di mana-mana sahaja dan mudah disediakan.

Justeru itu, pertambahan bilangan pusat-pusat latihan dan akademi bakeri dapat dilihat dari masa ke semasa disebabkan adanya permintaan dari orang ramai yang semakin berminat mempelajari kursus pembuatan bakeri untuk kepentingan individu, keluarga ataupun perniagaan.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bakeri Ria Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 1987, di bawah Akta Syarikat 1960. Terletak di No 33, Jalan Bandar 3, Taman Melawati , Hulu Klang, Selangor Darul Ehsan, Bakeria Sdn Bhd adalah merupakan sebuah perniagaan yang berteraskan pengeluaran dan pemasaran produk-produk bakeri di sekitar Lembah Klang. Selain daripada itu, syarikat juga terlibat dalam menganjurkan kursus-kursus bakeri kepada Persatuan Wanita dan badan-badan bukan kerajaan.

Pengurusan syarikat diterajui oleh Tuan Hj Azmi Bin Md Jaib, yang mempunyai latar belakang pendidikan serta pengalaman yang luas dalam perniagaan Bakeri. Malah. beliau turut mempunyai kelulusan dalam bidang Teknologi Makanan dari ITM dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari salah sebuah universiti di luar negara.

Sehingga ke hari ini, Bakeri Ria sudah pun mempunyai 2 buah cawangan yang beroperasi di Merlimau, Melaka dan di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, Bakeria Sdn Bhd juga telah menubuhkan sebuah pusat latihan bakeri yang dikenali sebagai Bakeri Ria Academy. Tujuan penubuhan akademi ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari bidang pembuatan dan perniagaan bakeri. Malah, Bakeri Ria Academy juga turut menyediakan perkhidmatan perundingan kepada bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan bakeri. Akademi ini juga turut mempunyai senarai resepi-resepi terkini di mana pihak Bakeri Ria Academy telah pun mewujudkan bahagian penyelidikan (R & D) untuk meningkatkan kualiti dan standard sesuatu produk.


TERAS PERNIAGAAN

BAKERI RIA SDN BHD
Pengeluaran Produk Bakeri
Pemasaran dan Promosi Produk
Pemasaran Bahan Mentah Bakeri

BAKERI RIA ACADEMY
Kursus Jangka Pendek Bakeri
Kursus Jangka Panjang Bakeri
Kursus Pengurusan Bakeri
Khidmat Perundingan Perniagaan Bakeri
Penyelidikan Produk (R & D)
Kursus MLVK (Tahap 1 dan 2)
(dalam proses permohonan)


SENARAI KURSUS BAKERI
1. KURSUS VERITY BUN & DONUT
a) BUN
· Cheese Bun
· Tuna Bun
· Coconut Bun
· Red Been Bun
· Cheese Stick Bun
· Sausage Bun
· Sausage Roll Bun
· Mini Pizza
· Sausage Cutter Bun
· Butter Bun
· Cheese Twist Bun
· Pizza Twist Bun
· Mexican Bun

b) DONUT
· Donut Sugar
· Donut Sausage
· Donut Red Bean
· Donut Chocolate Rice
· Donut Color Rice
· Donut Almond Dice

2. KURSUS VERITY BREAD
· Butter Bread
· Pandan Roll Bread
· Potato Bread
· Cheese Bread

· Cinnamon Bread
· Chocolate Bread
· French Loaf Bread
· Whole Meal Bread
3. KURSUS CAKE DECORATION – Part 1
· Topping/Layer
· Rose Flowers
· Tirai

· Daun
· Color Technique
· Cream Writing
4. KURSUS CAKE DECORATION – Part 11
· Wedding Cake
· Birthday Cake
5. KURSUS VERITY MINI CREAM CAKE, SWISS ROLL & MUFFIN
· Mini Cream Cake
· Triangle Cream
· Square Cream Cake
· Cream Slice Cake
· Chocolate Swiss Roll
· Almond Vanilla Muffin

6. KURSUS FRESH CREAM CAKE
· Black Forest Cake
· Blueberry Cake
· Fruit Flan Cake

7. KURSUS VERITY SPECIAL CAKE
· Chocolate Moist Cake
· Cheese Cake
· Chiffon Cake

8. KURSUS CROISSANT & DANISH PASTRY
· Plain Croissant
· Cheese Croissant
· Sausage Croissant
· Apple Danish
· Blueberry Danish
· Red Bean Danish
· Cinnamon Roll Danish
· Tuna Danish
· Pizza Danish


9. KURSUS VERITY TARTLET, PANDAN LAYER & CREAM PUFF
· Egg Tart
· Apple Tart
· Blueberry Tart
· Fruit Tart
· Pandan Layer Cake
· Chocolate Cream Puff
· Swan Cream Puff
· Round Cream Puff

10. KURSUS VERITY COOKIES
· Roll Tart
· Cutter Tart
· London Almond
· Chocolate Chip Cookies
· Almond Toast
· Hup Tow Saw



11. KURSUS BASIC ROYAL ICING
· Topping
· Cover
· Color Technique
· Top Decoration
· Skirting

12. KURSUS VERITY CAKE
· Banana Cake
· Fruit Cake
· Butter Cake
· Brownies Cake
· Apple Cake

13. KURSUS CONTINENTAL CAKE
· Strawberry Moose Cake
· Tiramisu Cake
· Chocolate Mocha Cake

14. KURSUS FRUIT CARVING
· Water Melon Carving
· Papaya Carving
· Verity Fruit Carving

22 Comments:

At Monday, 26 June, 2006, Anonymous Anonymous said...

Asallamualaikum Chef Farid. Saya sangat tertarik dan berminat dgn kursus2 yang d adakan d akedimi ria ini. Ingin nak blajar tapi masa ini saya banyak komitment krana menjaga emak saya. Saya org singapura d surirumah. Mudah2 saya dpt blajar dgn chef satu hari nanti.

salam
siti jaleha

 
At Tuesday, 31 July, 2007, Anonymous Anonymous said...

31 juli 2007
assalamualikum Chef Farid.saya sangat berminat dg kursus yg diadakan di Akademi Ria ini,boleh saya tau senarai harga kursus dan waktu diadakannya,sebab saya dari Indonesia,saya tunggu jawabannya.

salam
Tian syahrul

 
At Sunday, 30 December, 2007, Anonymous Anonymous said...

Assalammualaikum Chef farid. Saya Suhaili berasal dr puchong Selangor. Berusia 21 Thn, lepasan sijil Teknologi Makanan di politeknik Kuantan. Saya sangat berminat dlm bidang pembuatan bakery sejak dr kecil lg.
Bolehkah syef memberitahu bagaimana cara jika sy ingin mengikuti kursus yg chef tawarkan di atas. E-mail pada saya di, lasenzagurlz_17@yahoo.com dan boleh hubungi sy di, 019-2027738.
Saya sangat berharap kaan dpt melanjutkan pelajaran sy dlm bidang bakery ini. Terima kasih.

 
At Thursday, 08 May, 2008, Anonymous Anonymous said...

Askum Cheffarid....
Saya Irma dari Kuantan, Pahang.Saya amat berminat dgn perniagaan bakeri ini.Tapi saya tidak tahu bagaimana utk menguasai bidang ini dgn lebih baik.Saya amat berharap agar dapat tunjuk ajar dan bimbingan dari chef.saya ingin mengikuti kursus yg chef tawarkan tapi saya tak tahu mcm mana utk mengikutinya.diharap chef dapat memberi informasi kepada saya.email saya irmadanish@yahoo.com.my
semoga chef mencapai kejayaan berterusan....sekian terima kasih.

 
At Thursday, 18 September, 2008, Anonymous Anonymous said...

Chef, sya berminat untuk menyertai kursus2 yang disenaraikan, secara part time. Boleh saya dapatkan senarai harga untuk kursus2 tesebut dan jadual.

 
At Tuesday, 25 November, 2008, Blogger Farah said...

salam chef..saya berminat nak mengikuti kursus n\bakeri nie.. boleh emailkan harga kpd saya.. hidayatul.farah@yahoo.com
tq

 
At Sunday, 04 October, 2009, Blogger queen ayu (qaa) said...

hello chef..saya amat meminati dalam dunia masakan dan saya terbaca dimajalah terdapat bidang ini.saya berminat untuk mengikuti kursus ini,boleh emailkan kpd sya
ayuaishahibrahim@gmail.com.
thank you.

 
At Saturday, 19 December, 2009, Blogger wawa82 said...

salam..
sy wahida dr sibu,srwk.sy ingin tahu brapa harga untuk stiap kursus yang dijlankan.dan lokasi perniagaan en skrg.sila bls sy di ida_wahida0982@yahoo
tq..

 
At Wednesday, 20 January, 2010, Blogger Ahmad Ridzuan Mohamed said...

Salam Chef,

Adik saya telah mendapat tawaran dari syarikat chef utk mengikuti kursus Bakery di cawangan Bangi dan telah berjumpa pegawai di sana pada 15 Jan 2010 untuk pengesahan. Pada hari tersebut juga telah diarahkan untuk melapor diri pada Isnin berikutnya, 18 Jan 2010 dan ditunjukkan bilik penginapan.

Pada hari yang dijanjikan, 18 Jan adik saya telah pergi untuk mendaftar namun tiada sesiapa disana, ofis KOSONG! Seterusnya, saya telah cuba menghubungi HQ chef di Hulu Kelang, TIDAK BERJAWAB! Menurut surat tawaran tersebut, H/P no chef ada disertakan, namun apabila di dail, "No yang di hubungi tidak aktif". Perkara ini berulang lagi pada hari berikutnya, 19 Jan 2010. Cubaan keempat pada sebelah petang, terdapat notis supaya pelajar datang mendaftar selepas pukul 6PM. Namun masih TIADA PEGAWAI BERTUGAS! No chef pun langsung tak dapat dihubungi sampai ke masa poting ini di buat.

BETUL KE ACADEMY NI WUJUD DAN DIURUSKAN OLEH INDIVIDU YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKALIBER? MAAF JIKA SOALAN SAYA AGAK KASAR, NAMUN FIKIRKAN NASIB MEREKA YANG DATANG DARI JAUH, TANPA SAUDARA MARA DAN HANYA MENUMPANG DI MASJID DAN SEBAGAINYA, TERPAKSA DATANG BERULANG KALI KE PEJABAT UNTUK MENDAFTAR YANG MANA SEMUA NOMBOR YANG DIBERIKAN TIDAK BERJAWAB, TIADA PEGAWAI BERTUGAS! JANGAN SEKADAR CAKAP 'DEMI MENYAHUT SERUAN KERJAAN DAN MEMBANTU BUMIPUTERA JIKA SERVIS SEBEGINI. WALHAL, SYARIKAT CHEF MENDAPAT GANJARAN DARIPADA KERAJAAN, BUKANNYA SYARIKAT MEMBUATNYA ATAS DASAR WELFARE ATAU FREE. MINTA RESPOND SEGERA!

 
At Wednesday, 20 January, 2010, Blogger Ahmad Ridzuan Mohamed said...

Salam,

Finally dapat berinteraksi dengan Chef Farid. Alhamdulillah, semoga semua dapat diselesaikan dengan baik. Semoga di masa depan, pihak pengurusan lebih cekap dan efisien dalam menjalankan urus tadbir terutamanya yang melibatkan pelajar. Kerana setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak ke akademi ini khasnya mengharapkan yang terbaik termasuklah dari segi keselamatan dan kebajikan anak-anak mereka. Wallahualam.

 
At Thursday, 22 July, 2010, Blogger noni said...

salam chef, sy berminat hendak mengikuti kurusus yg ditawarkan. Blh tak emailkan sy senarai harga kursus. email:tnoraini@myjaring.net

 
At Tuesday, 23 November, 2010, Anonymous asiyah said...

salam chef farid...sye mmg berminat ngn bidang pastry dan bakery..sye nk tnye lau sye nk blaja d ria akademik brape harge yuran...dan sye nk tau g ttg program yg di jalankan....

 
At Friday, 17 December, 2010, Blogger efa afifah said...

hrga stiap kursus brape ye???sy tringin mahu mngikuti nye.....

 
At Friday, 17 December, 2010, Blogger efa afifah said...

salam.....sy ingin mnyertai akademi yg chef jlnkn.....sy ingin mngikuti nye bulan januari hadapan...mmndangkan sy pon suda tamat belajar......yuran untuk akademi dan kursus yg chef jalnkan berapa ye???harap chef dapt mmebalas dngan segera.....ni nombor handphone sy...dan emel...harap chef dpat mghubungi sy brkenaan akademi dan kursus tersebut....trime kasih... (strexpinnaapple15@gmail.com)
(0172753162) (efa)

 
At Friday, 17 December, 2010, Blogger efa afifah said...

salam.....sy ingin mnyertai akademi yg chef jlnkn.....sy ingin mngikuti nye bulan januari hadapan...mmndangkan sy pon suda tamat belajar......yuran untuk akademi dan kursus yg chef jalnkan berapa ye???harap chef dapt mmebalas dngan segera.....ni nombor handphone sy...dan emel...harap chef dpat mghubungi sy brkenaan akademi dan kursus tersebut....trime kasih... (strexpinnaapple15@gmail.com)
(0172753162) (efa)

 
At Saturday, 12 March, 2011, Anonymous Anonymous said...

salam..chef farid..sya berminat nk mengikuti kursus ni..tapi macamana procedurenya...n yuran dn tmpat penginapan...jangka masa? sila email saya
misz_ififa@yahoo.com
terima kasih

 
At Sunday, 15 May, 2011, Blogger kiEyn kiNah said...

salam chef...sy sangat berminat ngan kursus jangka pendek yg d tawar kan...cam ne nak daftar ye??bleh email sy di : kieyn_89@yahoo.com / nursakinah.0311@gmail.com

 
At Saturday, 02 July, 2011, Blogger Minoz' Yu Wedding said...

This comment has been removed by the author.

 
At Saturday, 02 July, 2011, Blogger Minoz' Yu Wedding said...

hello chef farid...Yuni BERASAL DARI SABAH DAN MERUPAKAN seorang bumiputera. saya ingin menyertai kursus ini. tapi macamana prosedurnya?dan yuran dan tempat tinggal ada disediakan ka?sila hubungi saya melalui no hp saya iaitu 0148834139.@EMAIL SAYA melalui facebook sabrinacristianie@yahoo.com
saya berharap sangat agar chef dapat memberikan saya maklumbalas dalam masa yang terdekat. terima kasih...

 
At Saturday, 08 October, 2011, Anonymous Anonymous said...

salam chef.

saya suhada.saya berminat dengan kursus yang ditawarkan.saya ingin mengikuti kursus ini, tapi boleh tak chef bagi maklumat terperinci tentang yuran untuk setiap kursus, tempat tinggal dan lain2. ini email saya susha_lah88@yahoo.com.saya amat berharap chef dapat memberikan maklum balas secepat mungkin. terima kasih

 
At Tuesday, 04 November, 2014, Blogger Unknown said...

salam chef.

saya Nurul Safira, macam mana nak sy nak mohon kursus ni. Saya tinggal area gombak je. Saya perlu pergi terus ke tempat ini atau macam mana? Mohon penjelasan. Saya sngat berminat dalam bidang bakery ni.

 
At Tuesday, 09 December, 2014, Blogger Unknown said...

Salam chef. .sy dari kedah,sy baru tamat belajar di kolej Komuniti sungai petani dalam bidang kulinari. .sy minat dngan kursus yg ditawarkan untuk menguatkan lg kemahiran sy dalam mmbuat bakery dan pastry. .macam mana sy nk memohonnya dan brapa harga bagi setiap kursus yg ditawarkan. .Mohon penjelasan??

 

Post a Comment

<< Home