Hari ni teringin nak beri petua, tapi rasanya petua ni macam simple je.any way kalau sudi amek la petua ni. coz ini hasil pengalaman saya. kalau buat meringe untuk cheese cake atau apa2 saje.dikehendaki kita perlu mengasingkan telor kuning dengan putih telor. Selalu orang bertanya kenapa buat meringe tak naik,,,jawapanya ada kemungkinan semasa mengasingkan kuning telor telah pecah dan masuk kedalam putih telor. Jadi kepada semua cara yang mudah untuk mengasingkan kuning dan putih telor. Telor tu hendaklah disimpan didalam peti sejuk semalaman supaya kuning telor akan jadi beku, seterusnya senang untuk mengasingkan kedua-duanya. Ada satu lagi pasal telor. kadang2 apabila beli telor, akan terdapat kandungan air yang banyak dan apabila dipecahkan kunig telor akan turut sama pecah. Telor macam ni adalah telor yg terhasil dari AYAM yang telah diubahsuai sistem pemakanannya.Tetapi telor macamni telah mandapat permintaan yang banyak dari kedai bakeri yang ingin mengurangkan kos pengeluarannya kerana harganya yang murah. CARA INGIN MENGENALI TELOR NI IALAH kulit telor nipis dan berwarna keputihan. Sekian sahaja pelajaran hari ni berkenaan TELOR, jumpa lagi di episod akan datang....bye2