<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Wednesday, August 01, 2007

Hanya Satu Persinggahan

31 July 2007 Bersamaan 11 JamadilAkir 1428 H
Pergi buat selama-lamanya sepupu yang kukasihi Allahyarham Sabirin Abd Ghafar. Pemergian yang tanpa tanda apa penyakit.Masih teringat lagi semasa kecil, dialah rakan sepermainan ku, walaupun usianya empat tahun lebih dariku. sama2 bermanja dengan arwah nenek, bergurau senda dan bermain.
Pergi ketika bersarapan pagi, dengan selesanya ALLAH menjemputnya dia pergi. Kadang terfikir, bagaimana aku akan dijemput nanti,adakah sama sepertinya.Ketika balik ke Melaka, menziarahi jenazah.alangkah luluh hati ni melihat 2 anak kecil memanggil nama ayahnya dan tak mahu melepaskan jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.....Ya ALLAH,,,ampunkan dosanya, ku mohon padamu...Ya ALLAH.
Pada semua...di ketika kesempatan yang ada ini, sama2 lah kita menambahkan lagi amal ibadat kita untuk persediaan menghadapiNYA. Ingatan bahawa hidup ini hanyalah satu persinggahan sahaja.Akhirat jua yang kekal abadi selama-lamanya.Al-Fatehah.

1 Comments:

At Saturday, 04 August, 2007, Blogger mamazieza said...

sememangnya hidup ini hanya satu persinggahan.. sampai masa.. kita pergi jua...

 

Post a Comment

<< Home