<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Friday, September 04, 2009

Makluman

Salam,,kepada semua,,salam ramadhan saya ucapkan,,,terdapat beberapa makluman yang ingin saya nyatakan disini.antaranya:

1. Kursus Intensif Perniagaan Bakeri - Train & Place
Setelah berusaha dan mengusulkan kursus tersebut. Adalah menjadi kekecewaan kepada pihak saya, kerana peruntukan yang di rancang untuk program tersebut, telah habis, sehubungan dengan itu, saya meminta maaf kepada semua yang telah mendaftar, kerana niat saya untuk melatih tuan/puan mengikuti kirsus sijil tersebut tidak kesampaian. sesungguhnya saya telah berusaha sedaya yang mampu untuk memberikan peluang kepada mereka yang berminat mendalami ilmu bakeri. Saya akan berusaha lagi, kira nya terdapat penganjur yang mempunyai peruntukan kewangan untuk pembiayaan tuan/puan mengikuti kursus di BRA.

2. Kursus Sijil Intensif Perniagaan Bakeri & Kursus Jangka Pendek Bakerti Ria Academy
Kepada mereka yang berminat mengikuti kursus tersebut atas pembiayaan sendiri, pihak BRA akan menganjurkan kursus tersebut selepas aidilfitri tahun ini, seawal mungkin pada awal Oktober 2009. Sehubungan dengan itu pihak BRA akan mengeluarkan jadual kursus tersebut di adalam blog ini.

Alahamdulillah, pada bulan Ramadhan tahun ini saya mendapat khabar, bahawa telah ramai usahawan samada pernah belajar di BRA atau tempat lain, telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dirumah. Menjadikan produk bakeri yang halal akan bertambah banyak didalam pasaran pada masa sekarang. sedikit sebanyak perkara ini merujakan saya, kerana adalah menjadikan hasrat awal penubuhan BRA ini, untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan bakeri tercapai. Jika ada pertanyaan atau sebarang kemusykilan mengenai produk bakeri, sila lah hubungi saya atau chef-chef BRA untuk mendapat kan khidmat nasihat. Sekian

SELAMAT BERPUASA......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home