Assalamualaikum,apa yang saya nak coretkan disini,lari dari tajuk perbualan dalam blog saya ni,tujuannya saya
ingin berkongsi maklumat dan nasihat dari anda semua,
Baru2 ni saya didatangai oleh seorang kenalan lama,yang seronok bercerita tentang MLM yang dia ceburi.Terusterang saya katakan saya dari dulu lagi,kurang minat tentang MLM ni,kerana saya lebih seronok untuk memberi ilmu pengetahuan yang saya ada kepada orangramai,pendapatan yang saya terima tu,saya anggap rezeki dari Allah.Entah macam mana hati yang keras tu termakan juga kata-katanya,maka melaburla saya dalam MLM tu sebanyak RM 280,dan dia janji akan cari downline untuk saya seramai 3 org.serta dia juga berjanji dalam masa seminggu saya akan beroleh pendapatan sebanyak RM 1k.Saya keliru...apa yg dijanjikan dlam masa seminggu saya dapat RM 1200.Mudahnya dapat duit!Prinsip hidup saya, saya tidak suka untuk menzalimi orang untuk beroleh kesenangan,coz ramai yang datang jumpa,tanya macam mana nak menceburi bidang bakeri seterusnya ingin membaiki taraf hidup mereka.dan nasihat saya tu tidak pula saya minta ganjaran atau bayaran.Saya ingin sama-sama memajukan bangsa kitani dalam perniagaan bakeri ini kerana masih kurang org kita yang menceburi bidang ini.Dalam hati bertanya "REZEKI apakah ini"?sebab saya merasa susah untuk mengumpulkan RM 1.2k dalam masa seminggu.Sehingga kini,saya masih keliru dan taktahu nak buat apa dengan duit tu,sekarang ni makin bertambah dari sehari kesehari.Kadang2 apa yang dirancang, lainpula yang jadi.Kawan saya tu kata,kalau nak tolong orang kena masuk MLM ni.lagi keliru.....
Maafla jika coretan ini,membuat anda jadi keliru macam saya.....