<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, December 18, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADDHA 1428 H


Assalamualaikum, kepada semua pembaca, saya mewakili warga kerja Bakeri Ria Academy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladdha. Sesungguhnya sejarah perjuangan Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail, dengan melakukan pengorbanan diatas perintah ALLAH, akan menguatkan semangat kita untuk melakukan pengorbanan, demi untuk meningkatkan kejayaan
hidup di dunia dan akhirat.
Dimasa ini, saudara kita sedang melaksankan ibadah Wukuf di Arafah. Berbahagia lah hidup mereka kerana dapat mengerjakan ibadah haji, semoga mereka mendapat haji yg mabrur. Saya pernah ditawarkan untuk berkhidmat disana, dalam kerja penyajian makanan kepada jemaah yang mengambil perkhidmatan Pakej. Dengan gaji sebanyak 120 Riyal sehari(selama 3 bulan), makan & minum percuma, disamping dapat melakukan ibadah haji, ternyata ini sesuatu yang mencabar kerana perlu kekuatan fizikal. Atas faktor kesihatan, ditambah lagi dengan urusan keluarga yang membataskan niat saya kesana. InsyaALLAH, kita sebagai seorang Islam, diwajibkan kesana apabila telah memenuhi syarat2 yg telah ditetapkan.
Kepada semua. pengorbanan yang dilakukan itu hendaklah ikhlas, tanpa menharapkan balasan. Nescaya kita akan dikurniakan kerahmatan tanpa kita sedari, sehingga kita muhasabahkan diri, bahawa ALLAH masih menyanyangi kita. Kita perlu bersyukur atas kenikmatan yg diberi dengan mengamalkan apa yg disuruh, meninggalkan apa yg dilarang. Wassalam

1 Comments:

At Wednesday, 19 December, 2007, Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) daripada boxhousestudio juga

 

Post a Comment

<< Home