<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, February 26, 2008

Resepi Semolina Lemon Cake

Assalamualaikum....apapun resepi kek yg kita ada, cuba puan2 semua ubah suaikan dengan campuran tepung kek yg lain, seperti Tepung Sagu, Tepung Suji (Samolina) atau Tepung Ubi Kayu.Contohnya resepi yg saya beri harini, kalau dilihat pada resepinya, seakan-akan sama dengan resepi kebanyakan yg terdapat dalam pasaran. Cuba la resepi ni, dan cari la keistimewaan kek yg dapat kita hasilkan.

Bahan :
1) Butter 250 g
Gula 180 g
2) Kuning Telur 6 biji
3) Tepung kek 40 g
Semolina (Tepung Suji) 120 g
Ground Almond (Serbuk Almond) 120 g
Perasa Vanila 1 sudu
Perasa Lemon 2 sudu
4) Putih Telur 2 biji

Proses Kerja:
*Pukul (1) hingga jadi putih - Mediun Speed
*Masukkan (2) satu persatu, sehingga sebati - Medium Speed
*Kemudian masukkan (3) - Low Speed
*Akhir sekali, pukul (4) hingga kembang, seterusnya masukkan kedalam (3)
*Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit pertama

SELAMAT MENCUBA

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home