<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Sunday, March 23, 2008

Ulangan - Penerangan Mengenai Smidec

Assalamualaikum,,,,saya ada menerima banyak pertanyaan mengenai Plan Geran Bantuan Permulaan Perniagaan Smidec

SMIDEC yang berada di bawah MITI, ada menyediakan Geran Bantuan Permulaan Perniagaan kepada usahawan yg baru menceburi sebarang jenis perniagaan. Ramai juga yg telah saya berikan khidmat nasihat, berjaya mendapatkan bantuan ini (ingat ini bukan pinjaman so tak ada bayaran balik). Disini saya ingin menerangkan serba sedikit, bagaimana ingin mendapatkan geran tersebut.


Nama:En Ahmad
Jenis Perniagaan :Kedai Runcit
Tarikh mula berniaga mengikut pendaftaran ROC : 1 Mac 2008
Tarikh buka akaun (Current Account): 07 Mac 2008
Perjanjian Penyewaan : 01 Mac 2008 - 02 Mac 2010 (Dimatikan stem di pejabat HASIL)
Lesen Pihak Berkuasa Tempatan : 07 Mac 2008 - 31 December 2008

Penerangan.

1.Langkah pertama, En Ahmad layak untuk mendapatkan bantuan ini kiranya permohonan en Ahmad dilakukan dalam masa enam bulan dari tarikh memulakan perniagaan (01 Mac 08 - 01 Oct 08). Jadinya En Ahmad akan mula membuat permohonan selepas bulan ke empat ( 01 Ogos 08)beliau memulakan perniagaan
2.Pada 01 Ogos 08, En Ahmad perlu mendaftarkan secara online permohonan geran bantuan, klik disini http://www.smidec.gov.my/detailpage.jsp?page=itaf1application
3.En Ahmad dikehendaki menyediakan
a) Salinan sijil ROC
b) Salinan Penyata Bank 3 bulan ( pada penyata tersebut terdapat transaksi pembayaran sewa)
c) Salinan Perjanjian sewa
d) Salinan Lesen PBT.
4) Hantar semua salinan dokumen tersebut ke pejabat Smidec yg berhampiran
Mengikut pengalaman saya, selepas 2 minggu, pihak Smidec akan datang ke premis perniagan untuk tujuan siasatan. Dalam masa 3 bulan En Ahmad akan menerima pembayaran pertama. Cara kiran pembayaran akan dibuat oleh pihak Smidec bergantung kepada nilai sewaan premis tersebut. Contoh kiranya En Ahmad menyewa dengan kadar RM 3200, maka beliau layak untuk mendapat bantuan Smidec sebanyak RM 40,000. pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali selama 24 Bulan (setiap 8 bulan)

* Saya tumpang gembira kiranya khidmat nasihat saya ini akan membantu org lain untuk memulakan perniagan, tiada satu pun habuan yg saya pinta. cukuplah dengan hanya ucapan terima kasih. Sekian Wassalam


0 Comments:

Post a Comment

<< Home