<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, March 31, 2009

PROGRAM TRAIN & PLACE - BELAJAR PERCUMA

MAKLUMAT TERKINI (14 APRIL 2009) - Pendaftaran Masih Dibuka Kepada Belia Yang Berminat, Masa Pendaftaran Dilanjutkan Sehingga 04 Mei 2009

Assalamualikum,,,,berikutan kegawatan ekonomi global, yang kesannya dirasai di negara kita, pihak Kementerian Sumber Manusia, telah menganjurkan "PROGRAM TRAIN & PLACE" untuk Belia, Siswazah menganggur dan Pekerja yang diberhentikan, untuk di latih semula sebelum di tempatkan bekerja kedalam industri.Sehubungan dengan itu, BAKERI RIA ACADEMY telah dipilih sebagai "TRAINING PROVIDER" untuk menjalankan program ini, khusus melatih pekerja mahir dalam bidang Bakeri.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Nama Kursus : Sijil Junior Baker Level 1 & Sijil Baker Level 2
Sijil Intensive Bakery
Tempoh Kursus : 6 Bulan
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Tempat : Bakeri Ria Academy, No 27 Jalan Bandar 3 Taman Melawati Kuala Lumpur
Tarikh Pendaftaran : 21 April 2009

Kelayakan

* Berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia - Sila Copy atau Klik disini untuk pendafaran http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
* Siswazah (Tiada Pekerjaan)- Mendapat Elaun RM 500.00/sebulan
* Belia (18 thn keatas) - Mendapat Elaun RM 500.00/Sebulan
* Pekerja Yang Diberhentikan - Mendapat Elaun RM 800.00/Sebulan

SELEPAS MENAMATKAN KURSUS INI, PIHAK BAKERI RIA ACADEMY AKAN MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI DALAM SEKTOR PERUNCITAN & PERHOTELAN.

PARA USAHAWAN YANG BERMINAT MENCEBURI PERNIAGAAN BAKERI ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON

SILA SMS NAMA, ALAMAT & NO PENDAFTARAN JobMalaysia ke No 019-3824067

8 Comments:

At Wednesday, 01 April, 2009, Anonymous Anonymous said...

utk peserta luar KL/Selangor tempat tinggal mcm mn ye?

 
At Thursday, 23 April, 2009, Anonymous Anonymous said...

macam mane daftar ade no telefon tak

 
At Friday, 24 April, 2009, Blogger ady said...

Salam Chef, saya dah daftarkan adik saya untuk program train n place kementerian sumber manusia.Boleh confirm ker dapat belajar kat akedemi ria nih?
Saya sangat berharap dia dpat belaja pada 4 Mei ini.

 
At Friday, 24 April, 2009, Anonymous Anonymous said...

Salam,

Sila mendaftar di laman web www.jobsmalaysia.gov.my.

Masukkan butir diri, akademik dan pengalaman kerja lepas jika ada dan sila buat pilihan kursus yang diminati.

Ini adalah satu inisiatif Jabatan Tenaga Kerja dalam membantu mereka yang berhadapan dengan masalah dalam mencari pekerjaan.

Sila ambil peluang ini bagi meningkatkan kemajuan diri. Dalam keadaan ekonomi sekarang sangat sukar survive dalam pekerjaan dan sukar mencari pekerjaan yang baik.

Dan bakeri mempunyai masa depan yang cerah dalam pasaran ekonomi kini.

SK

 
At Friday, 24 April, 2009, Anonymous Anonymous said...

kalau sya terus datang sana boleh ke???

 
At Saturday, 25 April, 2009, Anonymous Anonymous said...

SAYA ADALAH SEORANG PEKERJA YAMG DIBERHENTIKAN BOLEHKAH SAYA DAPAT ELAUN RM800.00 /SEBULAN

 
At Friday, 01 May, 2009, Anonymous Anonymous said...

chef farid adakah tempat tinggal diberikan percuma..

 
At Monday, 24 August, 2009, Anonymous Anonymous said...

"Train and place" bagi graduan baru belum kerja di S'ban dan Subang. Bermula 1 Sept. 2009. Elaun disediakan. Klik www.searchtraining.com.my

 

Post a Comment

<< Home