<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Friday, September 04, 2009

Resepi Terbaru Chocolate Moist Cake Cheffarid

Assalamualaikum,,,sesuai dengan ketibaan hari raya pada tahun ni, saya ada la ubah suai resepi yg ada( orang perak cakap bega-begakan resepi tu). ini hanyalah idea saya, puan-puan boleh la tambah apa yang sesuai untuk menyedapkan lagi kek raya tahun ni.

A. Kuning Telor 5 biji (Tips:simpan telor semalaman dalam peti sejuk, senang nak asingkan kuning dan putih telor)
Gula Halus 110 gram
Susu UHT 125 ml

B. Butter/Margerin 180 gram

C. Putih Telor 5 biji
Gula Halus 110 gram

D. Tepong Gandum 150 gram
Coco Powder 35 gram
Baking Powder 5 gram

E. Susu Pekat Manis Secukup Rasa

Proses Kerja:
* Putar C hingga kembang - high speed
* Putar B hingga jadi putih - medium speed
* Masukkan A kedalam B, diikuti D - low speed
* Kemudian C digaulkan dengan A,B & D menggunakan senduk
* Akhir sekali masukkan E, sehingga puan-puan pasti sedap.
* Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit pertama

Sekian,,,cubalah ye, tak faham boleh tanya saya nanti.
*

3 Comments:

At Friday, 11 September, 2009, Blogger Effa, said...

chef, letaklah gambar..pasti menarik kan..hehehe

 
At Monday, 16 November, 2009, Anonymous ayu said...

blih tak ltk adnn dlm cakes cup..

 
At Friday, 15 January, 2010, Anonymous Anonymous said...

boleh je.... pndi2 la bega2 kan ye....

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home