Assalamualikum...kepada semua pengunjung blog saya. Alhamdulillah, Bakeri Ria Academy(BRA)telah masuk tahun yang kedua beroperasi. Masih teringat lagi usaha2 yang saya lakukan diawal penubuhan BRA, ramai juga kawan2 yang menyokong, dan tak kurang juga yang menentang kerana bagi mereka, jika orang ramai dah pandai membuar produk bakeri, maka akan kuranglah org yang datang membeli di kedai sendiri. Tapi mengenangkan masih kurang nya usahawan bumiputera yg menceburi perniagaan bakeri, maka dengan penuh keazaman saya bertekad untuk melatih dan menyebar luaskan lagi ilmu yang ada, membantu usahawan melayu menceburi perniagaan bakeri. bagi saya, sebaik2 org itu adalah apabila dapat memberi manfaat kepada org lain. Selama ini juga lah berbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Biarlah perjuangan saya untuk membangunkan bangsa saya ini, melalui jalan ini. Kalau nak dikirakan apalah sangat hasil yg didapati dengan apa yg telah dicurahkan, tapi saya puas kiranya pelajar yang telah belajar disini dapat menghasilkan sesuatu yg dipelajari, seterusnya menjual kannya. maka akan timbul rasa kepuasan yg tak terhingga, melihat usahawan melayu berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Tapi yg membuatkan saya lebih bersemangat adalah apabila produk yang usahawan ini hasilkan, akan menambahkan lagi makanan halal dalam pasaran. 15 tahun dalam industri bakeri ini, terasa amat sedih apabila melihat produk bakeri dalam pasaran (di Hotel atau kedai Bakeri) terlalu banyak penggunaan bahan2 yg tidak halal seperti Wain(Rum) atau Geletin (kebanyakan dibuat dari tulang haiwan)
Orang bertanya,chef kenapa chef belajar Electronic Engg, tapi buat lain. Jawapan saya, selagi kita hidup, selama itu lah proses pembelajaran berjalan. Jika ingin menceburi sesuatu perniagaan, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang luas, bukan hanya ilmu perniagaan yang ingin diceburi tetapi termasuk, cara interaksi dengan org ramai, cepat mencium peluang, kreatif, senang menerima perubahan dan pengetahuan dalam bidang IT.
Ada satu cerita yang nak saya kongsi bersama anda semua. Pada bulan Mac tempoh hari, ada seorang ibu tunggal(dari Klang)yang telah datang belajar bersama saya. Seminggu selepas menamatkan kursus, beliau menghubungi saya, dan bertanya, bagaimana ingin memulakan perniagaan, sedangkan beliau tidak memiliki perlatan(Mixer). Prinsip saya, kalau tak ada batu, kayu pun jadi. Saya suruh beliau membuat donut menggunakan Besin, dengan menggunakan telifon, saya mengajar, bagaimana membuat donut, dan menyuruh beliau mengingati cara membuat donut semasa kursus dulu. OK, selepas donut tu siap (60 biji ), saya suruh beliau kira modal bahan mentah:
Modal Bahan Mentah : RM 12.00/60 biji = RM 0.20
Berapa harga donut untuk dijual : RM 0.20 X 4 = RM 0.80
Jumlah keseluruhan Jualan : RM 0.80 X 60 = RM 48.00
Jumlah Keuntungan Kasar : RM 48 - RM 12 = RM 36
Maka sekurang2nya 15 biji donut (RM 12.00) mesti dijual, untuk mengembalikan modal pusingan.
Dah kira semua, Mana nak dipasarkan? Saya suruh beliau keluar dari rumah, lihat sekeliling apa yang ada. Ada pokok chef!!!! la bukun pokok yg saya cari, cuba lihat sekeliling ada sekolah ke! ada chef! katanya, saya suruh pergi jumpa operator kantin sekolah tu, dan buat kira2 macam ni:
Harga jual ke Kantin : RM 0.80
Harga Kantin Jual : RM 1.00 (untung RM 0.20/donut)
Jumlah Kantin Untung : RM 0.20 x 60 biji donut = RM 12.00
jadi keuntungan kantin sekolah tu (RM 12.00) akan membolehkan pihak operator kantin membayar upah seorang pekerjanya sehari. Nak lebih menarik lagi buat "Marketing Proposal", kalau kantin jual donut untuk seminggu, berapa keuntungannya. jadi saya suruh beliau menggunakan cara ini untuk memasarkan lagi donutnya ke sekolah2 yang lain.Dan saya tekankan, jangan beritahu harga kos sebiji donut, nanti pecah rahsia.
uhhhhh,, susahnya nak mendidik ni. tapi saya puas, cara ni saya rasa lebih realistik dari pergi ke kursus2 pengurusan kerana apa yang dipelajari adalah secara teori sahaja, tanpa mereka dapat menunjukkan keadaan sebenarnya. Apa yang saya inginkan, pengunjung blog saya, jika sudi, gunakan cara simple ni sebelum ingin memulakan perniagaan. saya ni bukan lah pandai account, tapi sikit2 tu boleh la. La ni sekarang beliau hubungi saya bagaimana nak buat kuih raya dan cara nak pasarkan.....nantila akan datang saya cerita lagi.
kepada pengunjung blog saya, jika anda ingin berkongsi maklumat atau pengetahuan, insyaallah saya boleh luang kan masa. cara nak dapatkan bantuan SMIDEC atau nak pinjam MARA ke, tanyalah, nanti saya akan bantu (Bantu bukan bermakna boleh luluskan, tapi nasihat je). ok, jumpa lagi....wassalam.