<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Friday, September 11, 2009

PENUBUHAN BAKERI RIA COLLAGE (BRC)

Assalamualaikum,,,telah separuh ramadhan berlalu, pada tahun ini terasa meriah sekali,,,ramai sungguh saya dengar usahawan baru yg menceburi perniagaan bakeri & kuih raya. Saya tak pasti,samada anda semua sedar atau tidak,,,perkembangan ini adalah sesuatu yg membanggakan pada diri saya, walaupun berlaku persaingan sengit, menghasilkan kuih raya yang bermutu dan sedap. ini akan memberikan peluang kepada pembeli memilih kuih yang pelbagai dipasaran. kerapkali juga saya menerima pertanyaan dari bekas2 pelajar BRa atau yg tidak pernah berkursus di BRA, semuanya saya akan beri jawapan yang seboleh mungkin memusakan hati mereka. bukan apa. prinsip saya, ilmu jangan disimpan, war2 kannya agar dapat memberi manafaat kepada semua, pada tahun ini,saya tiada kesempatan membuat kuih raya, kerana masa saya dihabiskan dengan mengurus BRA yang baru di Sibertel , Bandar Baru Bangi (BBB). Jika ada keizinanNYA, Insyaallah saya akan membuka Kolej Bakeri yang akan di kenali Bakeri RIA Collage (BRA) di sebidang tanah yang saya beli di Sg Tangkas BBB. Saya akan lengkapkan nya dengan perlatan bakeri terkini, dan akan merancang untuk memohon kelulusan MQA untuk pengiktirafan Diploma Saince Baking. yang silibusnya saya akan bangunkan mengikut keperluan industri bakeri. Majlis perasmian Kolej ini akan saya jemput semua bekas2 pelajar BRA, untuk bersama-sama saya meraikan penubuhan bakeri kolej saya. dan harapan saya, kolej ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi chef-chef baker yang profesional dan berkemahiran tinggi, sebagai menyahut cabaran bahawa bangsa kita setanding dengan orang lain. Walaupun belum berbincang dengan beberapa orang chef handalan, BRC berhajat untuk menjadikan mereka ini sebagai mentor kepada para pelajar saya. Antara yang dikenalpasti sahabat saya Master Chef Sabri Hassan & Chef Annuar
pada suku ketiga tahun 2010, saya akan merancang menjalinkan "twinning Program" dengan Universiti luar negara yang saya sudah dikenalpasti, sebagai tambahan pengiktirafan kepada para pelajar saya, agar mereka ini diiktiraf oleh sektor perhotelan pula.
Apapun, saya hanya merancang, dan Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik2nya.
Moralnya disini, kepada pembaca, tidak ada apa halangan cita-cita yang ingin dicapai, kiranya kita berusaha. Dan kiranya ada dikalangan tuan/puan mempunyai cita2, saya dengan rela hati, ingin menjadi sebahagian dari pelaksanaan cita2 tersebut. Insyaallah saya akan menjadi pendengar, dan jika terdapat idea saya yang memungkin perlakssaan cita2 tersebut menjadi lancar, saya sedia mengemukakannnya. hubungi atau email lah saya
Ampun maaf jika tulisan saya ini menimbulkan rasa keegoaan saya kepada pembaca semua. Tapi dari hati kecil saya, tidak terlintas untuk saya menjurus kearah menimbulkan riak diri kepada semua. tidak sama sekali. Kepada usahawan semua teruskan perjuanganmu, teruskan dengan redhaa, atas apa yg dilakukan,,utamakan dahulu untuk memberi manfaat kepada orang lain selain mengejar keuntungan yang diletakkan pada peringkat kedua.


Sekian ,,,,wassalam

4 Comments:

At Wednesday, 30 September, 2009, Anonymous kak liza jb said...

assalamualikum chef farid,

seronok kak liza dengar pencapaian u dan harapan serta doa moga chef
lebih sukses masa hadapan,,,,
moga dipermudahkan urusan
harap anak akak dpt join kolej u nanti
bagus ada anak melayu yg mampu dan ingin berbakti

 
At Thursday, 08 October, 2009, Blogger irmaputri said...

tahniah ..chef..berminat nak join tapi kelas sebulan..uhaaa...xdpt la..kalau tak bnhenti keje lagi

 
At Thursday, 08 October, 2009, Blogger irmaputri said...

tahniah ..chef..berminat nak join tapi kelas sebulan..uhaaa...xdpt la..kalau tak bnhenti keje lagi

 
At Monday, 19 October, 2009, Blogger boxhousestudio said...

TAHNIAH CHEF!!!

I KNOW U CAN DO IT!!! MEMANG HEBAT!!!

 

Post a Comment

<< Home