Assalamualaikum...salah satu peralatan yang wajib untuk membuat membuat produk bakeri ialah Mixer atau Mesin Pengadun. Mixer yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang kebanyakannnya buatan China, Taiwan & Italy. Daripada pemerhatian yang saya buat, Mixer keluaran China telah terdapat peningkatan kualiti sejak 2 tahun kebelakangan ini. Apa yg telah saya difahamkan oleh pengedarnya disini adalah kerana kebanyakan syarikat Taiwan telah membuka kilang pengeluarannya di Tanah Besar China, dan secara langsung telah berlaku pemindahan teknologi dari Taiwan. Disini saya ingin berkongsi pengetahuan dengan pengunjung Blogger jenis Mixer dan kapasiti pengeluarannya:
1. Hand Mixer (Anggaran Harga RM 70 - RM 200)
Banyak digunakan oleh suri rumah membuat produk bakeri untuk kegunaan keluarga.Untuk menghasilkan produk bakeri yang baik pengguna hendaklah memegang Mixer sambil mengadunkan dough.ini dilakukan dalah untuk mempastikan pusingan "Wish" akan kena pada setiap dough yg ada didalam mixer. Jika membuat Bun, apabila dough yang diadun, telah berkumpul pada wish tu, pengguna hendaklah mengeluarkan dough dan melakukan proses bantingan untuk mendapat dough Bun yg elastik.
2. Kitchen Aid Mixer (Anggaran Harga RM 2200)
Buatan USA, tahan lasak, kapasiti pengeluaran 20 minit (30 biji Bun) , kawalan kelajuan 1,2,3,4,5. Kapasiti Tepung 1 kg
3. Plenatary Mixer 8 QT (Harga RM 1000 ) - Mixer yg cheffarid jual
Buatan China, sesuai untuk membuat Bun & Cake, kawalan kelajuan menggunakan Veriable Resistor(VR). Kapasiti Tepung 1 kg. 20 minit (45 biji Bun). Setakat yg lepas, lebih 30 org dah beli Mixer ni, alhamdulillah, belum ada sebarang komplain kerosakan.
4. 20 QtMixer-Single phase
Buatan Taiwan - RM 3500 &Buatan China - RM 1800
Kapasiti Tepung 3 kg, 2o minit penggunaan boleh menghasilkan 100 biji Bun
5. 40 Qt Mixer-Single Phase
Buatan Taiwan RM 6800 & Buatan China RM 4000
Kapasiti Tepung 8 kg, Pengeluaran 20 minit penggunaannya 260 biji Bun
6. Spiral Mixer
Taiwan
Kapasiti 10 kg tepung RM 8500
Kapasiti 25 kg tepung RM 12,500
Jika menggunakan Spiral Mixer, kualiti Bun atau Roti akan menjadi lebih baik kerana putaran semasa adunan adalah menyeluruh kepada dough.