Assalamaualaikum,,,dah nak cuti panjang ni kerja pun kurang (org lain kalau nak cuti mesti selesaikan kerja yang tertunggak), ni x ada apa2 nak buat, saya karang kan sedikit pengetahuan yang saya ada, bagaimana nak memulakan perniagaan Trading ni. Sepengetahuan saya, belum ada lagi Bumiputera yang membuka perniagaan ini. so peluang untuk menceburi perniagaan ini terbuka luas dan kurang resikonya.
Peringkat Pertama:
1. Perlu ada ilmu membuat produk bakeri (apabila pelanggan tanya- senang nak terangkan fungsi sesuatu bahan- atau cheffarid akan jadi tempat rujukan :( ?....)
2. Pilih lokasi yg sesuai ( tempat tumpuan orang ramai) - sila rujuk Langkah Permulaan Membuka Perniagaan Bakeri - Posting lalu. Buat Reserch aliran orang ramai di kawasan tersebut.
3. Modal permulaan
4. Mengenali pembekal seperti Mauri Fermantation, Harvest Ingredient dll (dapatkan senarai produk yang mereka jual serta harganya sekali)
Apabila semua ni dah ada, barula mulakan untuk...........bayar D/P kedai tersebut dan Renovation bermula. Ubahsuai premis perlu ada bahagian belakang yang boleh membuat kursus bakeri atau demonstation membuat kek
Peringkat kedua:
A. Daftar perniagaan sengan ROC (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
B. Lesen Perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan
C. Current Account
D. T& A (Perjanjian Penyewaan)..............Untuk A,B,C,D, selepas 3 bulan, boleh mengemukakan permohonan mendapatkan Skim Bantuan Permulaan Memulakan Perniagaan Dari Smidec- contoh jika sewa tempat tu RM 3200, bantuan akan diberikan sebanyak RM 40,000 selama 2 tahun dengan 3 peringkat pembayaran (ini adalah Geran bukan pinjaman)
Peringkat ketiga:
Apabila perniagaan telah dimulakan, usahawan itu perlu ada:
1. Seorang Juruwang - biasanya dari kalangan keluarga sendiri. Lagi satu...gunakan Label Kod harga pada setiap produk, ini adalah untuk mengawal rekod bahan mentah, mengelakkan juruwang daripada menjadi tidak amanah dan juga mengelakkan pelanggan dari membuat tawar menawar harga sesuatu bahan mentah yg dijual.
2. Seorang pembantu kedai - perlu tahu serba sedikit fubgsi bahan mentah yg dijual
Peringkat Ke Empat:
Pemasaran -1. membuat Blog (macam cheffarid.blogspot.com) iklan setiap barangan kedai dalam blog, apabila pelanggan mengubungi kedai anda, beritahu baranga yg dijual sudah di iklan dalam blog anda.
2. Flyers, Banner & Pamplet
3. Menyiap kan perniagaan ini dengan menggunakan sistem agar segala perancangan dapat diadakan secara teratur, bermula dari proses Puchasing Order, Internal Auditing, Stock Card, Accaount di sambungkan dengan mesin Cashier.
4. Membuat demonstrasi membuat produk bakeri, selepas demonstrasi mereka akan membeli barangan di kedai anda.
5. Mencetak resepi2 yang menggunakan logo perniagaan sendiri- dan diberi percuma kepada pelanggan
6. Daftar perniagaan di Kementerian Kewangan atas tajuk pembekalan barang basah dan kering, cuba masuk tender ke sekolah, institut penagjaian tinggi, kolej, tentera dan agensi kerajaan yang lain.
7. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa dunia perniagaan bakeri. sila dapatkan maklumat terkini dari syarikat pembekal, mengenai produk terbaru dalam pasaran.
8. Semua Packaging meggunakan label syarikat
9. Setiap pekerja memakai pakaian yang tertera nama syarikat.
10. Menjual perlatan bakeri dengan menyedikan pamplet peralatan beserta pakej nya sekali, sebagai pilihan kepada pelanggan yang ingin membeli peralatan tersebut.
11. Mendapatkan Sijil Halal dari pembekal-sila dapat pengesahan halal dari Jakim.Selepas di tauliah kan sebagai syarikat pembekal halal, cuba hebahkan bahawa syarikat anda menjual produk halal, lebih2 lagi pada masa sekarang mayarakat telah menitik berat kan status bahan mentah yang hendak digunakan.
12. Lakukan R & D mencipta resepi dan asing kan resepi yang mengandungi wain dan geletin.berikan kepada pelanggan.
cukup la setakat ni, jika ada penambahan lagi saya akan masukkan, dilain kali, sama-samalah kita berjihad untuk membangunkan ummah, bagi saya, saya ingin melihat usahawan kita menceburi perniagaan ini, lagi ramai, lagi bagus. InsyALLH jika diizinkan saya boleh memberi khidmat nasihat.Sekian Wassalam