<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Sunday, March 30, 2008

Berjumpa Sahabat Baru - Chef sabri


Assalamualaikumj,,,,pada khamis minggu lepas, BRA telah dikunjungi oleh Pegawai Pengesah Luaran dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, yang akan memeriksa Potfolio Calon kursus Junior Baker Level 1. Pada mulanya agak terkejut juga, coz,, rasa-rasanya pernah nampak kelibat beliau ni,,,,fikir punya fikir barula saya teringat, pernah nampak dalam rancangan masakan bersama Erra Fazira di Astro. Rupa-rupanya Chef Sabri ni dah banyak membuat rancangan masakan di TV. Selepas membuat pemeriksaan Potfolio, kami sempat bersembang dengan kerjaya masing2. Beliau dalam bidang masakan, manakala saya dalam bidang Bakeri. Ada titik persamaan antara kami, dimana kami membangkitkan makanan yg tidak halal dalam industri makan di negara ini. Sikap beliau yg tidak mahu bersubahat dalam proses penyediaan makanan yg terdapat unsur Lequire (Wain) dalam masakan, sehinggakan diceritakan pada satu ketika, semasa bekerja di sebuah Hotel terkemuka, beliau telah diminta oleh seorang pembesar,menyediakan makanan yg mengandungi bahan tersebut. Oleh kerana bertegas dengan prinsipnya, beliau telah memanggil kawannya dari Pulau Phuket untuk datang ke Kuala Lumpur, seterusnya menyediakan makanan untuk pembesar tersebut. Oelh kerana ketidak selesaan bekerja, dan yakin rezeki yang halal terdapat dimana2, beliau telah bekerja di tempat lain. Moralnya yg boleh kita dapat dari peristiwa ini, kita hendaklah yakin dengan kebolehan kita, jangan tunduk pada tekanan, kiranya apa yg kita rasakan betul. Jika tidak mengikut telunjuk mereka, kita masih mempunya peluang di tempat lain, siapa sangka, akhir nya kita boleh mencipta nama dan kerjaya dengan lebih cemerlang lagi. Begitu juga saya,,,pernah dibaling dengan kek oleh Exec Chef , semata2 saya tidak mahu masukkan Wain dalam kek itu. Dan saya yakin, jika berpegang pada kebenaran untuk mendapakan rezeki yg halal dan berkat, kat mana2 pun boleh dapat, bumi ALLAH ni luas, dan hidup kita ni sementara, esok lusa kita akan kembali padaNYA, dengan segala amalan yg akan dipersoalkan nanti.
Antara kebimbangan kami, kurang nya penekanan penguatkuasaan keatas pengendali indistri makanan. Dan sikap orang2 kiata yg berada dalam industri yg bersubahat mengeluarkan makanan yg tidak halal.
Diakhir perbincangan, saya telah berkongsi pengetahuan membuat blog, dan kepada sesiapa yg ingin berkenalan, berinteraksi dan mengemukakan sebarang pertanyaan, sila lawati
www.chefsabri.blogspot.com

Sekian. terima Kasih

1 Comments:

At Tuesday, 19 February, 2013, Anonymous Anonymous said...

[url=http://vtyupdr.com]RsaGbQfvoUnvdqm[/url] - ZynDztDXYqO - http://iluubcb.com

 

Post a Comment

<< Home