<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Wednesday, December 02, 2009

SATU KEPUASAN YANG TAK TERHINGGA

Syukur alhamdulillah,,pelajar Train & Place saya, telah berjaya menamatkan kursus di BRA. sekarang ni pihak pengurusan berusaha untuk mencarikan pekerjaan untuk mereka. Buat masa sekarang pihak Giant Hypermarket telah menawarkan pekerjaan kepada 40 orang pelajar BRA bekerja dengan mereka, yang lain, Bakers Cottage 9. Jaya Jusco 10, Big Apple 25, Myziq Bakery 3, Sal Bakery 2, Datin Laila 2, Puan Zarina Senawang 1, Genting 2, Wonderful Bakery 2, dan bakinya akan ditawarkan bekerja dengan sebuah bakery terkenal sedikit masa lagi. Sungguh puashati apabila melihat dengan tawaran gaji yg mereka terima, dan sebagai permulaan mereka menceburi kerjaya sebagai seorang "Bakers" seterusnya akan melahirkan seorang Chef Baker di masa akan datang.
Selepas ini, saya ingin mendengar daripada mulut mereka sendiri,,,berapa jumlah daripada gaji bulanan mereka yang akan diberi kepada ibu dan ayah mereka di kampung..RM 50? RM 100? RM 200? atau lebih,,,tapi yang penting mereka akan menjadi seorang anak yang akan berjasa kepada orang tua mereka dan menjadi tenaga mahir yang akan menyumbang kepada pembangunan negara kita.
Dahulu semasa saya ditawarkan Program Train & Place, sejumlah 350 peserta telah diberikan kepada saya...sewaktu pergi untuk tanda tangan perjanjian program tersebut di Jabatan Tenaga Kerja, Putra Jaya....hati berkata...."aku tak mahu tamak, aku mahu latih, biar sedikit tapi berkualiti" akhirnya saya beri tahu pegawai JTK,,,cukup lah 150 sahaja...ramai kawan dok cakap saya ni tidak bijak,,rezeki depan mata ditolaknya...tapi saya tetapkan pendirian..rezeki ada dimana2,,,,tapi kualiti yang akan menjadi keutamaan saya,,,biar orang tahu, kualiti pelajar yang telah saya hasilkan.
Harapan saya,,biarpun masa 6 bulan bukan jangka masa yang panjang, tapi dengan masa sesingkat ini, akan diharap akan mengubah nasib dan kerjaya mereka, supaya menjadi seorang mempunya kerjaya yang akan menjamin masa depan mereka.
Doa saya, semoga ALLAH memberkati kehidupan mereka.,seperti biasa, selepas habis sesuatu kursus, saya akan berkata" sedikit ke, banyak ke yang telah kamu ambil semasa belajar dengan saya, akan saya halalkan dunia & akhirat" SELAMAT MAJU JAYA PELAJAR2 KU....

Kepada yang sudi, sila lah datang ke Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Train & Place pada 04 DEC 2009, jam 3 ptg di Blok E Sibertel Jalan Cemerlang 1, Taman Universiti, Bandar Baru Bangi...Sekian

2 Comments:

At Saturday, 05 December, 2009, Anonymous Anonymous said...

syabas chef farid, Allah sahaja yang dapat membalas jasa chef.

 
At Tuesday, 15 December, 2009, Anonymous Anonymous said...

salam chef farid, cam ne saye nk sertai program train & place ni yer??
email kan pada sya maklumat yer.. tq.. suteraputeh89@gmail.com

 

Post a Comment

<< Home