<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Monday, May 28, 2007

Jenis Steamer (Bun & Bread Prover)

Assalamualikum...hari ni saya ingin bercerita mengenai Steamer atau Prover. Equipment ini digunakan untuk menaikkan dough Bun atau Roti yang akan menjadi kembang. Apabila kita sudah menghias Bun atau Roti, kemudian Bun & Roti akan diletakkan di dalam Steamer untuk dough menjadi kembang.Proses pengembangan ini akan menggalakkan Yeast yang ada dalam dough akan bertindak aktif sehingga menolak dough menjadi sekali ganda dari asal. Tugas Steamer ini adalah sebagai sebuah bilik,dimana air yang dipanaskan dibahagian bawah akan menhasilkan wap, jadi wap ini akan menggalakkan pembesaran dough. Terdapat berbagai jensi Steamer di pasaran sekarang. Antaranya..

1. Steamer Ciptaan Sendiri ( Anggaran Harga(nanti tolong kirakan ehh..)
Kebanyakan di dapur kita terdapat kabinet. Bersihkan kabinet (dari sawang DLL) panaskan air.letakkan dough yang siap dihias di dalam kabinet. Kemudian letakkan air yang telah mendidih disebelahnya, pastu tutup kabinet, biarkan dough hingga kembang. Apabila dough sudah kembang, keluarkan, dan hias dan terus di bakar ke dalam Oven.

2. Steamer cheffarid jual ( Harga RM 1600.00)
Terdapat 11 Rack dalam steamer, mudah digunakan, dan hasil produk yang cantik.












3. Impoterd Steamer ( Anggaran Harga RM 6000.00)












3. Retarder Prover (Anggaran Harga RM 20,000)
Berfungsi sebagai Freezer dan Prover. Di Bakeri besar seperti pasaraya, kebanyakan mereka menggunakan prover ini adalah untuk menjimatkan masa. Sebelum pekerja balik pada waktu malam, mereka akan memasukkan dough Bun yang dah beku(Frozen), apabila pekerja sebelah pagi datang, mereka akan keluarkan, dan terus bakar dalam Oven.

sekian.. terima kasih

6 Comments:

At Wednesday, 30 May, 2007, Anonymous K Animah said...

Chef,

Akak bercadang nak buka dan sedang mencari space utk baking (bukan kedai) disekitar rumah la... sbb rumah tu dah tak muat utk masuk gadget baru. Apakah equipment asas yang perlu ada di situ? Minta pandangan.

my emails:
amomin@ramunia.com
penyulawa@gmail.com

 
At Wednesday, 06 June, 2007, Blogger cheffarid said...

basic equipment..oven 3ft x 2ft (RM 1200) dan mixer 1 ft RM 1000.cukup sesuai nak mulakan perniagaan kecil2lan

 
At Saturday, 09 June, 2007, Anonymous Anonymous said...

Chef..

Pasal Retarder Prover. Kalau kita dah freezekan dough tu sebelah malam, esok kita boleh terus bakar dalam oven. Nak tanya sama ada dough tersebut dah dibentuk dan dihias sebelah malam ke belum? atau pun dough yang bulat ajer? Sebelah pagi baru bentuk.

Terimakasih.

 
At Saturday, 16 June, 2007, Blogger cheffarid said...

dough yang dah di bentuk,pastu di freezerkan,bila nak pakai baru masuk dalam prover, untuk kembang kannya.

 
At Monday, 29 August, 2011, Blogger prolix said...

Good information on this blog. Also, it is really nice to listen all your words. Thanks for sharing this.
Bakery Equipment

 
At Friday, 30 November, 2012, Blogger Ummu Amir said...

Macamana kalau saya nak beli? bole cantact saya di 0192673612

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home