Assalamualaikum...Salah satu peralatan dalam perniagaan bakeri iialah Mesin Pembahagi Dough (Bun Divider). Mesin ini digunakan untuk mempercepatkan proses membuat Bun & Donut. Pembuat akan mengambil masa yang panjang kiranya memotong dough mengikut timbangan yang dikehendaki dengan menggunakan tangan. Pada masa sekarang terdapat 3 jenis mesin ini dipasaran. Antaranya....
Manual Bun Divider (Anggaran Harga RM 3600) Tidak menggunakan tenaga elaektrik. Penggunaan secara makanikal dimana "Cutter" yang ada dibawahnya akan memotong dough. Kemudian pengguna akan membulatkan dough menggunakan tangan. Berat Timbangan akan dikawal pada "Picu" yg terdapat pada bahagian atas.
Hydrolic Electric Bun Divider (Anggaran Harga RM 6000) Mesin pembahagi dough ini menggunakan tenaga hydrolic untuk membahagikan dough. Kemudian dough akan dibulatkan dengan menggunakan tangan
Semi Auto Bun Divider (Anggaran Harga RM 12000) Mesin jenis ini banyak digunakan dibeberapa buah bakeri yang besar. Penggunaan yang menjimat masa, dimana dough akan dipotong dan dibulatkan serentak mengikut timbangan yang dikehendaki. Kawalan timbangan dough akan dikawal oleh "Picu" .
Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam.