Assalamualaikum...hari ni saya nak kongsi pengetahuan mengenai Cake Display Chiller. Equipment ini digunakan untuk mempamerkan kek hiasan yang telah dibuat. Ada beberapa jenis Chiller, dan perngguna perlu tahu kebaikan dan kelemahannya. Dari pengalaman saya, pengguna jangan tersilap membeli, sebab ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membelinya.
Cake Display Chiller. Harganya Lebih kurang RM 1400 sekaki. INGAT.Pengguna perlu tahu Glass atau cermin yang menutupnya dibahagian depan mesti mempunya 2 lapisan, antara lapisan itu, mempunyai gas yang akan berfungsi untuk mengelakkan glass dari berpeluh. jika cake display itu hanya ada 1 lapisan, glass akan jadi berpeluh dan akan menjejaskan pemandangan kek yang terdapat di dalamnya.
Upright Door Chiller - Jika pengguna ingin mempamerkan kek, menggunakan Chiller ini, pengguna harus bertanya ,samada chiller ini mempunya sistem peredaran udara. Ini adalah untuk mengelakkan bahagian dalam chiller daripada menjadi beku dan kesan air pada bahagian atas kek. Harga 2 upright Chiller lebih kurang RM 2800 - RM 3000.
Sekian sahaja, untuk kali ini, ada masa lagi saya nak bercerita pasal Bun Divider pula. Wassalam