<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri 1427H/2006















cheffarid: Selamat Hari Raya Kepada Bekas Pelajar & Pengunjung Setia Blogger ini, Semoga Lebaran Ini Akan Menambahkan Lagi Keimanan Kita Kepada ALLAH s.w.t
Kini Tiba Hari Lebaran
"Ramadhan Berlalu Penuh Keinsafan
Selamat Hari Raya Kuucapkan
Mohon Maaf kupohonkan"
chef Syed Ramli:
"Dam Dam Dum Bunyi Mercun
Silap Salah Harap Diampunkan
Selamat Hari Raya kuucapkan
Pada Semua Dalam Ingatan"
chef Yana:
"Jambangan Indah Lagi Berseri
Menjadi Hiasan Diaidilfitri
Blogger Ini Pengganti Diri
Tanda Ingatan Tak Layu Di Hati."
Asst chef Adam: Selamat Hari Raye Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semu pengunjung setia blogger ini.

Wednesday, October 18, 2006

Personal Resepi Chocolate Moist Cake Cheffarid

Resepi 1
1. Kuning Telur 5 biji,Gula 130 gram,Susu Uht 25 ml
2.Butter 180 gram
3.Coco Powder 32 gram
4.Gula 130 gram, Telur Putih 5 biji
5.Tepung 150 gram, Baking Powder 5 gram, Soda Bicarbonate 5 gram
Sedikit Chocolate Emulco
Proses Kerja:
* Adunkan 1 selama 1 minit-medium speed
*Masak 2, hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
*Adunkan 4, hingga kembang-high speed
*Akhir sekali adunkan semua bahan hingga sebati-low speed
Topping
1.Chocolate Block 1250 gram
2.Coco Powder 150 gram, Air Panas 425 ml, Susu Pekat Manis Secukup

tadi janji, nak beri 2 resepi, tapi tak sempat, coz sebuk sangat, nanti saya akan beri.cubala resepi , kot boleh memikat hati mak mentua pada raya ini..... bye,bye

Monday, October 16, 2006

Senarai Anika Butter Cake Aidilfitri











Selain daripada hidangan ketupat, lemang dan biskut raya, ada juga dikalangan kita yang menghidangkan beberapa jenis kek untuk dinikmati tetamu yang datang berkunjung.Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar atau membeli terus, disini terdapat gambar kek yang telah dibuat oleh Bakeri Ria Academy.

Thursday, October 12, 2006

Hand Made Chocolate Untuk Aidilfitri 06











Product List;
* Almond Chocolate Filling
* Walnut Chocolate Filling
* Fruits Chocolate Filling
* Hazelnut Chocolate Filling

Kepada sesiapa yang minat, sila hubungi saya (019-3824067)untuk senarai harga, sekian.

Wednesday, October 11, 2006

FRUITS CAKE UNTUK HARI RAYA


RM 4.50 (harga Pengedar)
RM 6.00 (harga pasaran)







RM 12.00 (harga pengedar)
RM 16.00 (harga pasaran)

Kepada Sesiapa Yang Berminat Menjadi Pengedar Fruits Cake, Pihak Bakeri Ria Academy Menawarkan Harga Yang Rendah.Sila Hubungi cheffarid 019-3824067 untuk pertanyaan...TQ

PENGHANTARAN PERCUMA

Kepada Sesiapa Yang Ingin Membuat Tempahan Biskut Hari Raya Melebehi 10 Bekas, Pihak Bakeri Ria Academy Ada Menyediakan Penghantaran Percuma. Hanya Yang Perlu Dilakukan, Sila Semak Senarai Biskut Hari Raya di Previus Post, Buat Pesanan Dan Tetapkan Masa Untuk Pihak Kami Membuat Penghantaran..............Sekian Terima Kasih.

Sunday, October 08, 2006

Resepi Chocolate Chip Cookies Maidera

Bahan-Bahan:
1. 230 gram (jika gunakan Butter-Cookies jadi lembut/jika gunakan campuran Butter & margarine-Cookies jadi crunchy)
90 gram gula halus
200 gram gula perang
2. Telur (B) 2 biji
Essen Vanilla Sedikit
3. 350 gram Tepung (Rose Merah atau Cap Kunci)
1 Sudu Kecil Soda Bicarbonate
Sedikit Garam
4. 350 gram Chocolate Chip
100 gram Walnut Dicincang Halus

Proses Kerja:
* Adunkan (1) hingga menjadi putih
* Masukkan (2), adun hingga gula menjadi hancur
* Masukkan (3)
* Akhir Sekali, masukkan (4), adun hingga sebati.
* Pilih acuan yang sesuai, bakar pada suhu 180 C selama 20 minit pertama.

Selamat Mencuba.....................(Resepi Dari Chef Sazali Ismail-Chef Ass0ciation Of Malaysia)

INGATAN

Assalamualaikum, Kepada Bekas Pelajar Bakeri Ria Academy, Gunakanlah Kemahiran Dan Pengetahuan Yang Dipelajari Untuk Membuat Persediaan Hadirnya Lebaran Tidak Lama Lagi.Jika Ada Pertanyaan Dan Kemusykilan Mengenai Apa Yang Telah Dipelajari, Silalah Hubungi Saya Dan Tenaga Pengajar Bakeri Ria:
Chef Farid - 019-3824067
Chef Syed Ramli - 012-3854476
Chef Sazali - 016-6558721
Insyaallah, segala pertanyaan akan di layan sebaik mungkin. DAN LAGI SATU, baru-baru ada beberapa orang yang telah membeli MIXER, selepas digunakan Mixer tersebut rosak, JADi jika ada sesiapa yang nak beli Mixer, silala beritahu saya, insyallah saya akan memberikan nasihat Mixer yang sesuai digunakan.............SELAMAT BERPUASA