<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Wednesday, June 24, 2009

FINAL PROJECT - DISPLAY PRODUCT

SYUKUR ALHAMDULILLAH, PELAJAR SAYA SERAMAI 20 ORANG TELAH BERJAYA MEMBUAT "FINAL PROJECT" UNTUK SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2,,HASIL DARIPADA PEMERHATIAN YANG DIBUAT,,,MEREKA BERJAYA MEMBUAT BERBAGAI JENIS PRODUK YANG SESUAI UNTUK PASARAN PADA MASA SEKARANG. KEPADA USAHAWAN YANG BERMINAT,,SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENGAMBIL PELAJAR INI BEKERJA DI SYARIKAT ANDA











































Sunday, June 21, 2009

Kursus Kuih Raya 09

Assalamualaikum...banyak juga pertanyaan yang saya terima, daripada mereka yg berminat utal ntuk mempelajari kursus kuih raya pada tahun ini. berikut jadual kursus, pada minggu ini:

27 Jun 2009(yuran RM 150 seorang) - Terhad 20 orang peserta sahaja

Room 1 - Kursus Suji Crystal Cookies, Traditional Makmur Cookies, Chocolate Chips Chunky Cookies & Pineapple Tart Cutter Cookies

04 July 2009 (yuran RM 150) - Terhad 20 orang peserta sahaja

Room 1 - Cornflake Chunky Cookies, Almond Flake, Nestum Paradise & Oaties Cookies

Pengajar : Puan Ann - Beliau merupakan usahawan yg menjual kuih raya, telah terlibat selama 10 tahun, membuat & menjual kuih raya. Setiap peserta yang telah mengikuti kursus boleh membuat seterusnya menjual apa yang dipelajari kepada beliau untuk hari raya tahun ini. Rebutlah peluang ini untuk puan2 menambahkan pendapatan keluarga.

27 Jun 2009 (yuran RM 150)

Room 2 - KursusContenantal Cake - Tiramisu Cake, Black Forest Cake & Bueberry Cake

04 July 2009 (yuran RM 150)

Room 2 - Kursus Coklat Buatan Tangan

Pengajar : Chef Mohd

Kursus Secara Hands On, Product yg siap, akan dibawa pulang

Berminat, sla daftar diri disini http://cheffarid.com/?page_id=4

Atau Tel No 019-3824067 cheffarid

Tuesday, June 16, 2009

Kursus Pada 20 & 21 Jun 2009

Assalamualaikum,,kursus pada minggu ini di BRA adalah:

20 Jun 2009

Room 1 -Kursus Pembuatan Variety Bread, Whole Meal, France Loaof Bread, Soap Bawl Bread, Potatoes Bread, & Raisin Bread (RM 150)

Room 2 - Variety Tartlert, Muffin , Pie & Cream Puff (RM 150)

Sila Klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4

Atau sila hubungi cheffarid 019-3824067

Alamat Kursus : No 27 Jalan Bandar 3 Taman Melawati Hulu Klang
Masa : 10.00 am - 4.30 pm
Keperluan : Disediakan - kursus secara Hands On sepenuhnya.

Monday, June 15, 2009

Luahan Rasa 2

Assalamulaikum,,,,Setiap manusia yg dilahirkan,,ada kelemahan dan kebaikan.Begitu juga saya...apapun, kita sebagai insan yg kerdil ini, akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik..hanya yg berusaha keras dan bertwakkal dengan apa yg dilakukan, akan mendapat kejayaan samada didunia atau di akhirat. Kadang2 cabaran yang datang sebolehnya dihadapi dengan penuh kesabaran dan keinsafan."Kita hanya merancang, tetapi ketentuan ALLAH sebaik-baik perancangan".Jika ingin menajdikan diri kita hebat, maka perlu lah berusaha dan mengatur strategi agar setiap perancangan dapat dilaksanakan secara berkesan, serta selepas itu bedoa agar perancangan itu berjalan dengan jayanya.
Teringat 25 tahun dulu,,,seorang budak kampung, yg menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual hasil tanaman dan buah-buahan, yg mengharapkan keuntungan sedikit buat bekalan perbelanjaan sekolah, prihatin tentang kejerihan mak sebagai PM(Pemaju Masyarakat Kemas) dan abah yg bekerja sendiri mengusahakan tanah peninggalan arwah nenek. menginsafkan diri agar sedikit kerja yang dilakukan akan meringankan beban membesarkan adik2. Pada umur 11 tahun, sudah cuba berjinak2 dengan dunia perniagaan...cakap apa sahaja, semuanya di jadikan sumber pendapatan yang halal.
Disuruhnya budak ini bersekolah agama, agar suatu hari nanti boleh bergelar ustaz, membimbing ummah kearah kebaikan. Selepas habis waktu sekolah, dibawanya baldi dan parang kekebun mencari kiranya terdapat buat koko yg sudah kekuningan, kiranya boleh dibawa kerumah pemeraman,,,hasil koko pada waktu itu kira2 rm 5 sekilo. Menjadi peraih kepada rakan2 sekolah yang ingin menjual koko secara pukal...lalu dikumpul dan diperam untuk dikeringkan sebelum dijual..bila tiba musim buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan & duku maka sebok la budak ini membeli hasildagangan rakan2 nya sebelum dijual kepada org tengah, dengan keuntungan sedikait cuma sudah memadai untuk membayar yuran tuisyen...
Ditengah2 kekalutan ini,,,ingatan masa zaman kecil,,kadang2 menghiburkan hati..kerana jika tidak melalui semua itu,,mungkin tak bisa budak itu menjadi apa yg ada sekarang...dengan 200 ratus pelajar yang ada sekarang,,,ohhhh,,,tak termimpi pada ketika itu, akan jadi begini 25 tahun kemudiannya. Moral cerita yg saya ingin sampaikan pada semua,,berusaha lah..insyallah anda semua akan berjaya di satu masa nanti,,walaupun pada masa sekarang susah menghadapi kehidupan yg mencabar sekarang.
Saya terkesan bila mana mendengar, ramai yg dibuang kerja kerana ekonomi yg gawat sekarang,,,mana nak bayar pinjaman rumah, kereta,,anak sekolah lagi...ada orang kata,,masa gawat ini lah masa yg seuai kita mengorak langkah dan mengatur strategi untuk mengembangkan lagi kerjaya ataupun perniagaan.
Ingin saya kaitkan apa yg berlaku pada diri saya sekarang,,,sungguh hebat dugaan yg saya hadapi..bermacam perkara berlaku pada diri saya sekarang...orang lihat saya sekarang telah berjaya,,tapi hakikatnya sekarang,,sungguh perit untuk dinyatakan...itu la,,bila hati susah,,teringat zaman kecil(susah),,dimana saya tidak punya apa2.dan sekarang boleh menarik nafas suka sebab dah ada perniagaan sendiri...tetapi sekarang saya mengahdapi maslah yg cukup berat...saya kuat kan semangat dan bersabar.....kesian pelajar saya,,baru mula belajar dah dapat gangguan yg tidak mereka pinta.....selam seminggu ini,,mereka diganggu dengan bermacam dugaan oleh makhluk lain selain dari manusia...sehingga tak tertahan rasa melihat mereka dipelakukan begitu,,sampai satu ketika,,saya sanggup menjadi galang ganti,"Hai makhluk ALLAH, aku rela untuk kau rasuki, tapi jangan diganggu pelajar aku yg ingin belajar"...jauh2 datang,,ada yg dari keluarga susah,,,ingin saya mencuba mencorakkan kehidupan mereka dimasa depan...selama 5 malam tak dapat tidor mengenagkan gangguan ini...Lelaki..oh lelaki mana yang sanggup menumpahkan air..semua lelaki ada ego yg cuba dipertahankan agar dipandang hormat oleh orang lain..begitu juga saya,,sekeras mana ego saya,,,tak mampu saya pertahankan melihat kesungguhan mereka datang belajar. dalam kesakitan mengerang dengan rasukan benda itu,,,berlinang air mata inii,,apa salah mereka,,,jika pun dosa mereka, ALLAH maha pengampun...niat mereka suci,,ada yg ingin mengubah nasib keluarga yang susah,,,dari jauh datang, semata2 mengejar impian yang ingin saya realisasikan. Jika aku membuat salah,,ampunkanlah dosaku ya ALLAH,,,masih ingat lagi, pelajar itu merayu pada saya "chef tolong lah chef saya nak belajar chef" apakan daya, terpaksa saya hantar balik kerana ada manusia yg berhasad dengki padanya.. teringat semasa membawanya ke Darul Syifa "sakit chef" ,"Syikin...syikin,,ni chef syikin,,,,syikin...syikin murid chef yg baikkan..ingat ALLAH syikin,,,mengucap syikin" kemudian semasa mendiamkan diri berjujuran air matanya keluar "Tak pa Syikin,,Syikin balik dulu berubat eh,,nanti dah baik nanti datang belajar dengan chef eh"luahku pada nya. Berat benar hati ini nak lepaskannya balik,,,tapi mengenangkan kata ustaz,,,santau yg ada dalam badannya mungkin boleh meransang makhluk yg lain merasuk orang lain,,,,terpaksa saya hantar pulang.
Pernah saya telah hilang sabar,,,kupegang pisau,,ingin ku bertempik,,"apa salah dan dosa pelajar aku kat kau...ha"tapi bacaan ayat kursi dan 3 Qul dalam hati,,,meredakan kemarahan ku.
Peristiwa ini banyak menguji kesabaranku....kepada pelajarku yang lain,,teruskan niat kamu,,,insyaallah saya akan berusaha untuk memperbaiki segala apa yang berlaku..ingat kita ini mahkluk yang mulia disisi ALLAH,,,dan hanya kepadaNYA kita berserah dan bermohon supaya kita semua tabah dengan dugaan ini
Jika dikenangkan, kesusahan,,ada ramai lagi yg susah diluar sana...sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan
kepadamu Ya ALLAH,,aku redha apa yg berlaku, dan ampunkan dosa ku dan pelajarku. amin

Tuesday, June 02, 2009

Kursus Pada 06 Jun 2009

Assalamualikum,,,,kursus di Bakeri Ria Academy pada 06/06/09 minggu ini adalah:

1. Kursus Pembuatan Bun & Donut - RM 150
2. Kursus Variety Croissant & Danish - RM 150
3. Butter Cream Decoration - RM 150
4. Coklat Buatan Tangan - RM 150



Masa : 10.00 am - 03.00 pm
Tempat : Bakeri Ria Academy, No 27 Jalan Bandar 3 Taman Melawati



Berminat, Sila klik di sini http://cheffarid.com/?page_id=4
atau hubungi cheffarid 019-3824067