<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, August 28, 2007

Membuka Perniagaan Menjual Bahan2 Membuat Kek(Trading)

Assalamaualaikum,,,dah nak cuti panjang ni kerja pun kurang (org lain kalau nak cuti mesti selesaikan kerja yang tertunggak), ni x ada apa2 nak buat, saya karang kan sedikit pengetahuan yang saya ada, bagaimana nak memulakan perniagaan Trading ni. Sepengetahuan saya, belum ada lagi Bumiputera yang membuka perniagaan ini. so peluang untuk menceburi perniagaan ini terbuka luas dan kurang resikonya.
Peringkat Pertama:

1. Perlu ada ilmu membuat produk bakeri (apabila pelanggan tanya- senang nak terangkan fungsi sesuatu bahan- atau cheffarid akan jadi tempat rujukan :( ?....)
2. Pilih lokasi yg sesuai ( tempat tumpuan orang ramai) - sila rujuk Langkah Permulaan Membuka Perniagaan Bakeri - Posting lalu. Buat Reserch aliran orang ramai di kawasan tersebut.
3. Modal permulaan
4. Mengenali pembekal seperti Mauri Fermantation, Harvest Ingredient dll (dapatkan senarai produk yang mereka jual serta harganya sekali)

Apabila semua ni dah ada, barula mulakan untuk...........bayar D/P kedai tersebut dan Renovation bermula. Ubahsuai premis perlu ada bahagian belakang yang boleh membuat kursus bakeri atau demonstation membuat kek

Peringkat kedua:
A. Daftar perniagaan sengan ROC (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
B. Lesen Perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan
C. Current Account
D. T& A (Perjanjian Penyewaan)..............Untuk A,B,C,D, selepas 3 bulan, boleh mengemukakan permohonan mendapatkan Skim Bantuan Permulaan Memulakan Perniagaan Dari Smidec- contoh jika sewa tempat tu RM 3200, bantuan akan diberikan sebanyak RM 40,000 selama 2 tahun dengan 3 peringkat pembayaran (ini adalah Geran bukan pinjaman)

Peringkat ketiga:
Apabila perniagaan telah dimulakan, usahawan itu perlu ada:
1. Seorang Juruwang - biasanya dari kalangan keluarga sendiri. Lagi satu...gunakan Label Kod harga pada setiap produk, ini adalah untuk mengawal rekod bahan mentah, mengelakkan juruwang daripada menjadi tidak amanah dan juga mengelakkan pelanggan dari membuat tawar menawar harga sesuatu bahan mentah yg dijual.
2. Seorang pembantu kedai - perlu tahu serba sedikit fubgsi bahan mentah yg dijual

Peringkat Ke Empat:
Pemasaran -
1. membuat Blog (macam cheffarid.blogspot.com) iklan setiap barangan kedai dalam blog, apabila pelanggan mengubungi kedai anda, beritahu baranga yg dijual sudah di iklan dalam blog anda.
2. Flyers, Banner & Pamplet
3. Menyiap kan perniagaan ini dengan menggunakan sistem agar segala perancangan dapat diadakan secara teratur, bermula dari proses Puchasing Order, Internal Auditing, Stock Card, Accaount di sambungkan dengan mesin Cashier.
4. Membuat demonstrasi membuat produk bakeri, selepas demonstrasi mereka akan membeli barangan di kedai anda.
5. Mencetak resepi2 yang menggunakan logo perniagaan sendiri- dan diberi percuma kepada pelanggan
6. Daftar perniagaan di Kementerian Kewangan atas tajuk pembekalan barang basah dan kering, cuba masuk tender ke sekolah, institut penagjaian tinggi, kolej, tentera dan agensi kerajaan yang lain.
7. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa dunia perniagaan bakeri. sila dapatkan maklumat terkini dari syarikat pembekal, mengenai produk terbaru dalam pasaran.
8. Semua Packaging meggunakan label syarikat
9. Setiap pekerja memakai pakaian yang tertera nama syarikat.
10. Menjual perlatan bakeri dengan menyedikan pamplet peralatan beserta pakej nya sekali, sebagai pilihan kepada pelanggan yang ingin membeli peralatan tersebut.
11. Mendapatkan Sijil Halal dari pembekal-sila dapat pengesahan halal dari Jakim.Selepas di tauliah kan sebagai syarikat pembekal halal, cuba hebahkan bahawa syarikat anda menjual produk halal, lebih2 lagi pada masa sekarang mayarakat telah menitik berat kan status bahan mentah yang hendak digunakan.
12. Lakukan R & D mencipta resepi dan asing kan resepi yang mengandungi wain dan geletin.berikan kepada pelanggan.

cukup la setakat ni, jika ada penambahan lagi saya akan masukkan, dilain kali, sama-samalah kita berjihad untuk membangunkan ummah, bagi saya, saya ingin melihat usahawan kita menceburi perniagaan ini, lagi ramai, lagi bagus. InsyALLH jika diizinkan saya boleh memberi khidmat nasihat.Sekian Wassalam

Monday, August 27, 2007

Kursus Pada 01 & 02 September 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni Bakeri Ria Academy akan menganjurkan kursus :

01 September 2007
Room 1 - Kursus Variety Cookies - Almond Toast, Marble Cookies, Chocolate Chip Cookies, Tart Gulung & Almond London
Room 2 - Kursus Variety Bun & Donut
Room 3 - Kursus Black Forest Cake, Blueberry cake & Fruit Flan Cake
Room 4 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration

02 September 2007
Room 1 - Kursus Variety Bread
Room 2 - Kursus Butter Crean & Cup Cake Decoration
Room 3 - Kursus Variety Tartlet, Cream Puff & Manual Recipe Muffin

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Thursday, August 23, 2007

Sedikit Maklumat Untuk Dikongsi Bersama

Assalamualikum...kepada semua pengunjung blog saya. Alhamdulillah, Bakeri Ria Academy(BRA)telah masuk tahun yang kedua beroperasi. Masih teringat lagi usaha2 yang saya lakukan diawal penubuhan BRA, ramai juga kawan2 yang menyokong, dan tak kurang juga yang menentang kerana bagi mereka, jika orang ramai dah pandai membuar produk bakeri, maka akan kuranglah org yang datang membeli di kedai sendiri. Tapi mengenangkan masih kurang nya usahawan bumiputera yg menceburi perniagaan bakeri, maka dengan penuh keazaman saya bertekad untuk melatih dan menyebar luaskan lagi ilmu yang ada, membantu usahawan melayu menceburi perniagaan bakeri. bagi saya, sebaik2 org itu adalah apabila dapat memberi manfaat kepada org lain. Selama ini juga lah berbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Biarlah perjuangan saya untuk membangunkan bangsa saya ini, melalui jalan ini. Kalau nak dikirakan apalah sangat hasil yg didapati dengan apa yg telah dicurahkan, tapi saya puas kiranya pelajar yang telah belajar disini dapat menghasilkan sesuatu yg dipelajari, seterusnya menjual kannya. maka akan timbul rasa kepuasan yg tak terhingga, melihat usahawan melayu berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Tapi yg membuatkan saya lebih bersemangat adalah apabila produk yang usahawan ini hasilkan, akan menambahkan lagi makanan halal dalam pasaran. 15 tahun dalam industri bakeri ini, terasa amat sedih apabila melihat produk bakeri dalam pasaran (di Hotel atau kedai Bakeri) terlalu banyak penggunaan bahan2 yg tidak halal seperti Wain(Rum) atau Geletin (kebanyakan dibuat dari tulang haiwan)

Orang bertanya,chef kenapa chef belajar Electronic Engg, tapi buat lain. Jawapan saya, selagi kita hidup, selama itu lah proses pembelajaran berjalan. Jika ingin menceburi sesuatu perniagaan, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang luas, bukan hanya ilmu perniagaan yang ingin diceburi tetapi termasuk, cara interaksi dengan org ramai, cepat mencium peluang, kreatif, senang menerima perubahan dan pengetahuan dalam bidang IT.

Ada satu cerita yang nak saya kongsi bersama anda semua. Pada bulan Mac tempoh hari, ada seorang ibu tunggal(dari Klang)yang telah datang belajar bersama saya. Seminggu selepas menamatkan kursus, beliau menghubungi saya, dan bertanya, bagaimana ingin memulakan perniagaan, sedangkan beliau tidak memiliki perlatan(Mixer). Prinsip saya, kalau tak ada batu, kayu pun jadi. Saya suruh beliau membuat donut menggunakan Besin, dengan menggunakan telifon, saya mengajar, bagaimana membuat donut, dan menyuruh beliau mengingati cara membuat donut semasa kursus dulu. OK, selepas donut tu siap (60 biji ), saya suruh beliau kira modal bahan mentah:

Modal Bahan Mentah : RM 12.00/60 biji = RM 0.20
Berapa harga donut untuk dijual : RM 0.20 X 4 = RM 0.80
Jumlah keseluruhan Jualan : RM 0.80 X 60 = RM 48.00
Jumlah Keuntungan Kasar : RM 48 - RM 12 = RM 36
Maka sekurang2nya 15 biji donut (RM 12.00) mesti dijual, untuk mengembalikan modal pusingan.

Dah kira semua, Mana nak dipasarkan? Saya suruh beliau keluar dari rumah, lihat sekeliling apa yang ada. Ada pokok chef!!!! la bukun pokok yg saya cari, cuba lihat sekeliling ada sekolah ke! ada chef! katanya, saya suruh pergi jumpa operator kantin sekolah tu, dan buat kira2 macam ni:

Harga jual ke Kantin : RM 0.80
Harga Kantin Jual : RM 1.00 (untung RM 0.20/donut)
Jumlah Kantin Untung : RM 0.20 x 60 biji donut = RM 12.00

jadi keuntungan kantin sekolah tu (RM 12.00) akan membolehkan pihak operator kantin membayar upah seorang pekerjanya sehari. Nak lebih menarik lagi buat "Marketing Proposal", kalau kantin jual donut untuk seminggu, berapa keuntungannya. jadi saya suruh beliau menggunakan cara ini untuk memasarkan lagi donutnya ke sekolah2 yang lain.Dan saya tekankan, jangan beritahu harga kos sebiji donut, nanti pecah rahsia.

uhhhhh,, susahnya nak mendidik ni. tapi saya puas, cara ni saya rasa lebih realistik dari pergi ke kursus2 pengurusan kerana apa yang dipelajari adalah secara teori sahaja, tanpa mereka dapat menunjukkan keadaan sebenarnya. Apa yang saya inginkan, pengunjung blog saya, jika sudi, gunakan cara simple ni sebelum ingin memulakan perniagaan. saya ni bukan lah pandai account, tapi sikit2 tu boleh la. La ni sekarang beliau hubungi saya bagaimana nak buat kuih raya dan cara nak pasarkan.....nantila akan datang saya cerita lagi.

kepada pengunjung blog saya, jika anda ingin berkongsi maklumat atau pengetahuan, insyaallah saya boleh luang kan masa. cara nak dapatkan bantuan SMIDEC atau nak pinjam MARA ke, tanyalah, nanti saya akan bantu (Bantu bukan bermakna boleh luluskan, tapi nasihat je). ok, jumpa lagi....wassalam.

Monday, August 20, 2007

Kursus 25 & 26 August 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni Bakeri Ria Academy akan menganjurkan kursus :

25 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Cookies - Almond Toast, Marble Cookies, Chocolate Chip Cookies, Tart Gulung & Almond London
Room 2 - Kursus Chocolate Moist Cake, Lemon Cheese Cake & Special Fruit Cake
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)
Room 4 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration

26 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Bread
Room 2 - Kursus Basic Royal Icing

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Saturday, August 18, 2007

Kursus Bakeri Guru Kemas Melaka


Alhamdulullah....pada 14 & 15 August 2007, cheffarid telah mengadakan Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan (Bakeri) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka. Para peserta terdiri dari guru2 Kemas seluruh Negeri Melaka.Terima kasih kepada Puan Lili dan semua peserta yang hadir.












Monday, August 13, 2007

Kursus Pada 18 & 19 August 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni Bakeri Ria Academy akan menganjurkan kursus :

18 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Cookies - Almond Toast, Marble Cookies, Chocolate Chip Cookies, Tart Gulung & Almond London
Room 2 - Kursus Variety Bun & Donut
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)
Room 4 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration

19 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Bread
Room 2 - Kursus Basic Royal Icing
Room 3 - Kursus Chocolate Moist Cake, Cheese Cake & Fruit Cake

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Friday, August 10, 2007

Video Proses Bantingan Dough

Wednesday, August 08, 2007

Kursus MLVK Untuk Anak2 Asnaf LZS

Assalamulaikum.....kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anak-anak penerima Zakat Negeri Selangor (Asnaf) terutamanya bagi kawasan Timur Selangor (Gombak, Rawang, Serendah & Hulu selangor), boleh daftarkan mereka di Bakeri Ria Academy untuk mengikuti Kursus Pembantu Penyedia Roti Tahap 1 & Kursus Penyedia Roti Tahap 2, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Semua pembiayaan pembelajaran akan di tanggung oleh LPZ Selangor.

Sila Hubungi :
Tuan Haji Ramli Bin Osman
Pegawai Zakat (Agihan) Wilayah Timur
Bangunan Haji Khalid
Lot 16, Seksyen 7, Jalan Mat Kilau
Kuala Kubu Baru
Tel No : 03-60645104 / 013-6658438
Cheffarid 019-3824067

* Masih ada 7 kekosongan

Tuesday, August 07, 2007

Kursus Pada 11 & 12 August 07

Assalamualaikum,,,pada minggu ni Bakeri Ria Academy akan menganjurkan kursus :

11 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Cookies - Almond Toast, Marble Cookies, Chocolate Chip Cookies, Cornflake Cookies & Hup Tow Saw Cookies
Room 2 - Kursus Variety Bun & Donut
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)
Room 4 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration

12 August 2007
Room 1 - Kursus Variety Bread
Room 2 - Kursus Basic Royal Icing
Room 3 - Kursus Chocolate Moist Cake, Cheese Cake & Fruit Cake

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Resepi Kek Gula Hangus

Assalamualaikum...disini saya berikan resepi Kek Gula Hangus yang saya telah upgredkan (Ubah Suai), so pada sapa-sapa yang sudi, sila la cuba, tak faham nanti tanya la kat saya, jangan malu.nak cari ilmu jangan malu k.......

A. Gula Halus 340 gram- goreng hingga jadi perang.
Air 400 - masukkan kedalam gula yang telah jadi perang tadi. pastu biar kan ia sejuk.
B. Telur (gred B) 200 gram
Susu Pekat Manis 1/2 Tin
Garam sedikit
- Adunkan bahan B hingga jadi kembang -High Speed
- masukkan bahan B kedalam bahan A - Low Speed
- Apabila sudah sebati, masukkan Tepung Kek 250 gram ( Cap Kunci atau Rose Merah) dengan Soda Bikarbonate 10 gram
- Kacau perlahan2
- Kemudian masukkan Margerine 25 gram (dicairkan dahulu) - Low Speed
- Akhir sekali semua bahan tadi ditapis.
- Isikan dalam acuan, bakar pada suhu 200 C selama 30 minit pertama.

Sekian la pelajaran untuk hari ni, berjumpa kita diepisod akan datang,,,salam hormat dan salam sejahtera. Bai-bai..

Wednesday, August 01, 2007

Hanya Satu Persinggahan

31 July 2007 Bersamaan 11 JamadilAkir 1428 H
Pergi buat selama-lamanya sepupu yang kukasihi Allahyarham Sabirin Abd Ghafar. Pemergian yang tanpa tanda apa penyakit.Masih teringat lagi semasa kecil, dialah rakan sepermainan ku, walaupun usianya empat tahun lebih dariku. sama2 bermanja dengan arwah nenek, bergurau senda dan bermain.
Pergi ketika bersarapan pagi, dengan selesanya ALLAH menjemputnya dia pergi. Kadang terfikir, bagaimana aku akan dijemput nanti,adakah sama sepertinya.Ketika balik ke Melaka, menziarahi jenazah.alangkah luluh hati ni melihat 2 anak kecil memanggil nama ayahnya dan tak mahu melepaskan jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.....Ya ALLAH,,,ampunkan dosanya, ku mohon padamu...Ya ALLAH.
Pada semua...di ketika kesempatan yang ada ini, sama2 lah kita menambahkan lagi amal ibadat kita untuk persediaan menghadapiNYA. Ingatan bahawa hidup ini hanyalah satu persinggahan sahaja.Akhirat jua yang kekal abadi selama-lamanya.Al-Fatehah.

Kursus Pada 05 August 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni saya akan menganjurkan kursus :

05 August 2007

Room 1 - Kursus Variety Cookies - Almond Toast, Marble Cookies, Chocolate Chip Cookies, Cornflake Cookies & Hup Tow Saw Cookies - chef Saiful
Room 2 - Kursus Variety Bun & Donut - chef Firdaus
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan) - chef Farid
Room 4 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration - chef Mohammad

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Resepi Terbaru Cheese Cake

Assalamualaikum,,,kat sini ada resepi cheese cake terbaru dalam pasaran,,,,senang juga nak buat.jika rajin boleh puan2 cuba eh...

Bahan 1
1. Susu Uht Milk 400 ml
2. Cheese Cream 750 gram
3. Butter 200 gram

Bahan 2
Telur 750 gram
Sponge Cake Mix 1000 gram
Susu Uht Milk 200 gram

Peoses Kerja:
* Masak (1) hingga mendidih
* Masukkan (2) & (3), kacau perlahan2 hingga cair
* Adunkan bahan 2 hingga kembang- High Speed
* Masukkan bahan 1 kedalam bahan 2 perlahan2. _ Low Speed
* Masukkan dough kedalam acuan, kemudian letakkan bekas dalam takungan air, masak pada suhu 180 C selama 30 minit.

sekian sahaja pelajaran hari ni. lain masa jumpa lagi, untuk resepi Kek Gula Hangus.Sekian.