<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, July 24, 2007

Kursus Pada 28 & 29 July 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni saya akan menganjuurkan kursus :

28 July 2007

Room 1 - Kursus Chocolate Moist Cake, Lemon Cheese Cake & Fruit Cake
Room 2 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration
Room 3 - Kursus Raya Cookies - Almond Toas Cookies, Marble Chocolate Cookies, Choc Chip Cookies, Cornflake Cookies, Hup Tow Saw Cookies

29 July 2007

Room 1 - Kursus Continantal Cake - Variety Mouse & Mocca Cake
Room 2 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

SEMINAR TENAGA PENGAJAR/PENGENDALI LATIHAN INSKEN



Assamualaikum...selama 2 hari cheffarid menyertai Seminar Tenaga Pengajar/Pengendali Latihan Insken..terasa penat juga tapi alhamdulillah seminar ini telah berjaya untuk para pengendali kursus untuk membincangkan beberapa resolusi, yang akan di guna oleh pihak Insken untuk mengatur dan mempertingkatkan keberkesanan kursus dalam melahir usahawan yang mampu serta berdaya saing.Beberapa kertas kerja yang dibentangkan bagi mencari jalan bagaimana pengendali latihan Insken dapat bersama-sama mencari kaedah yang sesuai untuk melatih usahawan. Apapun usaha yang dilakukan Insken ini diharap agar dapat melahirkan seberapa ramai usahawan untuk memenuhi Rancangan Malaysia ke 9.sekian

Monday, July 16, 2007

Kursus 21 & 22 July 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni saya akan menganjuurkan kursus :

21 July 2007

Room 1 - Kursus Variety Bread-Frence Loaf, Potatoes Bread, Soap Bawl Bread, Sandwich Bread & Whole Meal Bread
Room 2 - Kursus Chocolate Moist Cake, Lemon Cheese Cake & Fruit Cake
Room 3 - Kursus Basic Royal Icing Cake

22 July 2007
Room 1 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration
Room 2 - Kursus Variety Bun & Donut
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Monday, July 09, 2007

11.01 LOKASI PERNIAGAAN

Untuk memulakan perniagaan bakeri, lokasi perniagaan bakeri terbahagi kepada 2 iaitu:
a. Rumah Kedai
b. Kaki Lima (Walkway)

11.01 (a) Rumah Kedai

1. Sekiranya anda memilih tapak Rumah Kedai di kawasan taman perumahan, pastikan dahulu berapa banyak rumah kediaman dan kepadatan penduduk di taman tersebut di dalam lingkungan 5 km dari kedai anda.
2. Membuat kajian mengenai kuasa membeli penduduk, di mana beberapa faktor perlu diambil kira seperti :
· Taraf pendidikan sebahagian penduduk
· Fizikal luaran penduduk
· Pekerjaan
· Ramai kenalan dan saudara mara
3. Mengenalpasti pusat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, pasar malam dan pasar tani
4. Kemudahan institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, maktab perguruan, kem askar dan lain-lain lagi.
5. Rumah Kedai tersebut juga menjadi laluan utama oleh syarikat pembekal
6. Mudah untuk mendapat barang-barang keperluan lain seperti Utensil dan Plastic Packaging
7. Jika boleh lokasi yang dipilih hendaklah di tempat tumpuan ramai seperti di sebelah Pasaraya, Klinik, Hentian Bas, Balai Polis, Masjid atau berhampiran Pasar.

11.01 (b) Kaki Lima (Walk Way)

1. Membuka perniagaan bakeri di kawasan pejalan kaki, seperti di bandar-bandar besar.
2. Lokasi lain yang sesuai adalah seperti di dalam pusat membeli-belah, bazar, perhentian bas dan di dalam bangunan pejabat.
3. Mempunyai aliran trafik yang tinggi, di mana pelanggan yang masuk ke kedai adalah pelanggan yang bersilih ganti.

11.02 PERSAINGAN DILOKASI PILIHAN

LOKASI CADANGAN1. Sekiranya terdapat persaingan perniagaan yang sama dari bakeri yang lain, maka beberapa pendekatan perlu diambil kira iaitu :
· Konsep perniagaan yang berbeza dari pesaing.
· Memastikan produk yang akan dihasilkan berkualiti dan bermutu.
· Menerapkan cara perniagaan yang sihat, dan cuba meyakinkan orang ramai bahawa produk yang dihasilkan adalah suci dan bersih.
· Menghasilkan produk yang berlainan dan pelbagai bentuk. Ini bergantung kepada daya kretiviti mencipta pelbagai produk dan resepi
· Mempunyai system pengurusan yang cekap dan efisin, di mana setiap pekerja mempunyai Training Manual yang perlu diikuti.
· Menggunakan teknologi maklumat (IT) untuk melakukan aktiviti mengambil pesanan, promosi dan pemasaran, seperti email dan laman web.
· Pengedaran flyers dan risalah untuk memaklumkan jenis produk dan harga promosi yang ditawarkan.
11.03 KONSEP PERNIAGAAN
(a) Ruang Pameran

1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, perniagaan bakeri pada masa sekarang, ruang pameran akan menampilkan warna yang gelap pada bahagian dinding ruang pameran.
2. Ruang lantai pula, hendaklah menggunakan Mozeq atau Jubin agar menampilkan keadaan yang bersih dan kemas.
3. Manakala produk-produk akan diterangi dengan cahaya lampu “Spotlight” untuk menghasilkan gambaran produk yang menarik.
4. Pemilihan ruang meletak produk yang menarik daripada jenis kayu nyatuh, dan Plastic Display Warmer untuk menyimpan produk agar produk tidak menjadi keras.
5. Untuk mempamerkan Ising Kek, kebanyakan bakeri akan menggunakan Cake Display Chiller untuk penampilan yang menarik dan bersih.
6. Selain daripda itu juga, mesin juruwang perlu menggunakan system Bar Code, supaya menampilkan imej yang tersendiri pada bakeri tersebut.
7. Bagi menimbulkan suasana yang nyaman dan keselesaan kepada pelanggan, ruang pameran hendaklah dilengkapi dengan penyaman udara.
8. Selain daripada produk bakeri, pengusaha bakeri perlu menjual air minuman dan peralatan untuk membuat majlis harijadi seperti belon dan alat-alat permainan.
(b) Ruang Dapur

1. Seiring dengan perkembangan semasa, ramai pengusaha bakeri pada masa kini lebih gemar mempunyai ruang dapur yang terbuka di mana para pelanggan boleh melihat aktiviti yang dilakukan di dapur. Justeru, ruang dapur hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.
2. Di bahagian dapur perlulah mempunyai saluran longkang yang kecil supaya semasa melakukan pembersihan, air dapat mengalir keluar.
3. Sekiranya berkemampuan, pada bahagian lantai dapur hendaklah dipasang dengan jubin yang keras.
4. Menyusun aliran penggunaan peralatan dapur dengan teratur agar setiap kerja dapat dilakukan dengan sempurna.
5. Ekzos Fan perlu dipasang untuk aliran udara yang baik di bahagian dapur.
6. Mempunyai jadual bertugas untuk kerja pembersihan ruang dapur dan peralatan secara berkala.
7. Mempraktikkan cara pemakaian yang kemas dan bersih kepada pekerja.
8. Mengasingkan bahan mentah; bahan yang kering perlu diletakkan di dalam kabinet manakala bahan yang basah pula disimpan di dalam Freezer atau Chiller.
9. Dapur juga perlu mempunyai Kod Etika untuk dipraktikkan oleh pekerja.
10. Ruang dapur adalah kawasan larangan di mana tidak dibenarkan sesiapa yang tidak berkenaan masuk ke ruang dapur.
11. Training Manual perlu dipraktikkan agar setiap produk yang dapat dihasilkan mengikut standard yang dikehendaki.
12. Mengutamakan keselamatan, di mana penggunaan peralatan bakeri seperti Oven, Mixer, Roller Shuter dan Proffer perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

11.04 LESEN PERNIAGAAN

1. Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2. Pendaftaran Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan
3. Pendaftaran Perniagaan dengan Kementerian Kewangan (Untuk Tender)


11.05 PEMASARAN DAN PROMOSI

1. Aktiviti pemasaran dan promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkenalkan perniagaan bakeri yang baru dijalankan.
2. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti pemasaran, bakal pengusaha bakeri perlulah mengetahui jumlah bajet atau perbelanjaan yang bakal digunakan untuk tujuan pemasaran dan promosi. Ini kerana perniagaan bakeri yang baru bermula memerlukan lebih banyak aktiviti promosi dan pemasaran bagi memperkenalkannya di mata masyarakat.
3. Pada peringkat permulaan, promosi bolehlah dilakukan dengan cara mengedarkan broucher, pamplet, flyer, handbill, banner, banting dan lain-lain.
4. Risalah bolehlah diedarkan kepada orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai manakala banner dan banting hendaklah digantung di tempat-tempat yang mudah dilihat oleh orang ramai.
5. Sekiranya pengusaha mempunyai bajet yang besar bagi tujuan promosi, beliau bolehlah menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio serta internet. Menyediakan lawab web syarikat adalah digalakkan kerana ianya akan memudahkan pelanggan mengakses maklumat terkini mengenai syarikat dan produk dengan lebih cepat dan menjimatkan kos.
6. Untuk promosi pengenalan produk, pengusaha bolehlah memberi sedikit diskaun bagi setiap pembelian produk bagi menarik lebih ramai pelanggan datang ke situ.
7. Pengenalan kad ahli juga boleh dilakukan bagi tujuan menggalakkan pelanggan kekal membeli produk bakeri di kedai anda.

11.06 PENGURUSAN AKAUN

1. Penyediaan sistem akaun syarikat atau buku akaun hendaklah disediakan bagi tujuan merekod setiap aliran keluar masuk tunai dan kredit syarikat. Sistem akaun yang teratur dan kemas akan memudahkan pengusaha menyemak keuntungan, kerugian dan bayaran yang perlu dijelaskan pada setiap akhir bulan.

2. Antara contoh sistem yang boleh digunakan dalam perniagaan bakeri ialah 3A Accounting System yang digunakan untuk merekod setiap urusan belian atau tempahan dari pembekal bahan mentah. Jumlah pembelian dari setiap pembekal boleh diketahui pada setiap bulan selepas setiap rekod dikemaskinikan.

Kursus Pada 14 July 2007 & 15 July 2007

Assalamualaikum,,,pada minggu ni saya akan menganjuurkan kursus :

14 July 2007
Room 1 - Kursus Vatiety Bun & Donut
Room 2 - Kursus Variety Cookies - Chocolate Marble Cookies, Almond Toast Cookies, Chocolate Chip Cookies & Hup Tow Saw Cookies.
Room 3 - Kursus Variety Tartlet, Variety Muffin(manual Resepi)

15 July 2007
Room 1 - Kursus Basic Royal Icing Cake
Room 2 - Kursus Variety Bread - France Loaf Bread, Potatoes Bread, Saop Bawl Bread, Sandwich Bread & Oat Bread.
Room 3 - Kursus Hand Made Chocolate (Coklat Buatan Tangan)

* 100 % Praktikal * Bahan Mentah Disediakan * Produk Percuma * Sijil Penyertaan * RM 150 (1 Kursus) * Kursus bermula pukul 10.00 am - hingga siap produk.
Kepada Yang Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067/03-41078917, Atau sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 untuk pendaftaran.

Monday, July 02, 2007

Kursus Pada 07 & 08 July 2007

Assalamualaikum...Berikut adalah senarai kursus pilihan untuk minggu ini.Tuan/Puan boleh memilih kursus yang di ingin dihadiri.

1. Kursus Variety Bun (13 Jenis) & Donut (6 Jenis)
2. Kursus Variety Bread (Potatoes Bread, Soap Bawl Bread,France Loaf,Sandwich Bread, Red Been Bread.
3.Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration
4. Kursus Chocolate Moist, Lemon Cheese Cake & Fruit Cake
5. Kursus Variety Tartlet, Apple Pie, Muffin (Manual Recipe) & Cream Puff
6. Kursus Black Forest Cake, Blueberry Cake & Fruit Flan Cake
7. Kursus Tiramisu Cake(Manual Recipe) & 2 Jenis Mourse Cake
8. Kursus Croissant & Variety Danish
9. Kursus Coklat Buatan Tangan ( 3 Jenis Coklat)
10.Kursus Puff Pastry, Apple Pie Pastry,Banana Pie Pastry & Blueberry Pie Pastry
11. Kursus Variety Butter Cake, Banana Cake & Carrot Cake
12. Kursus Basic Royal Icing Cake
13. Kursus Basic Royal Icing Cake

Hanya kursus yang mendapat permintaan ramai akan diadakan.* Bahan Mentah akan disedikan * Produk yang sudah siap akan dibawa pulang * Pertanyaan selepas kursus * 100 % hand On * Yuran RM 150/kursus * Sijil Penyertaan * Kursus bermula pukul 10.00 am hingga siapBerminat, sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 atau call 019-3824067/03-41078917...timakaseh.