<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Wednesday, May 27, 2009

Luahan Rasa

Assalamualaikum,,,syukur alhamdulillah,,masuk harini dah 2 minggu program train & place berjalan,,,yg mendaftar seramai 150 org,,dan terlebih 14 orang,,insyaallah 14 org ni akan saya serapkan dalam permohonan terbaru saya dengan pihak Kem.Sumber Manusia,untuk melatih pekerja yg diberhentikan,,tambahan kouta yg dipohon seramai 100 org,,so bermakna ada 86 tmpat kekosongan lagi yg ada, kiranya permohonan saya ini diluluskan,,kpd yg berminat mendaftar,,sila sms nama,alamat dan tempat kerja yg memberhentikan anda kerja ke no sya 0193824067.

Daripada seramai 150 org yg mendaftar, kebanyakan mereka dtg dari keluarga yg berpendapatan rendah,,sya cuba memhami keperitan mereka,,niat saya ingin membantu,,jika kita memberi bantuan kewangan,,lama kelamaan, bantuan tu akan habis,,tapi jika beri ilmu pengetahuan dan kemahiran,,nescya apa yg diberikan akan dimanafaatkan oleh mereka untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik dimasa hadapan.

Untuk makluman semua program ini adalah tajaan Kem Sumber Manusia,,yg mana peserta tersebut akan dibiayai kos pembelajaran serta elaun.kursus yg diikuti adalah kursus sijil kemahiran malaysia tahap 1 & 2...so setiap peserta akan mengikut prosuder pembelajaran mengikut syarat yg telah ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran(MLVK),

Hari ni terasa beban yg amat sangat pada diri saya,,,sebab ada yg kurang faham tentang program yang dijalankan...saya cuba memuaskan hati semua orang,,,ingin melihat kesempurnaan dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Sudah 4 tahun saya tubuhkan BRA, untuk memberi didikan dan pendedahan permulaan,kepada bangsa saya,dunia perniagaan bakeri. bukan keuntungan yg saya kejarkan,,jika kemewahan yg saya citakan,,saya boleh dapat bekerja di luar dengan pendapatan yg lumayan..tapi saya mahu lebih ramai lagi bangsa saya yg boleh saya didik untuk membuka perniagaan bakeri...banyak lagi kekosngan perniagaan bakeri yg dimilki oleh orang kita...dengan pengalaman dilemparkan dengan kek yg saya buat tanpa memperdulikan arahan pengurusan sebuah hotel supaya setiap kek yg dibuat dimestikan mencampur dengan arak pada tahun 1997,,menjadikan saya berazam untuk merubah persepsi tersebut agar lebih ramai lagi org kita yng pandai membuat kek tanpa arak...itu la tujuan utama saya buka BRA.

Sedih rasa hati,,bila ada orng pertikaikan kemampuan saya...tapi saya dengan cara saya,,cuba mengelakkan pertelingkahan,,agar tak mahu dituduh ego...saya sedar,BRA saya ini bukanlah syarikat yg besar serta mempunyai kewangan yang banyak.percaya tak kiranya,,saya beritahu,,modal permulaan saya buka BRA ini pada tahun 2006 hanya RM 5000 sahaja..tapi niat untuk membantu bangsa saya, menguatkan keazaman saya, seterusnya menjadikan BRA saya ini terus maju kehadapan...saya selalu pesan,,jika kita ingin menuntut ilmu,,apab
ila guru menunjuk ajar apa yg kita tahu,,jangan sesekali menunjuk pandai,,sehingga mengguriskan hati guru tersebut...hormati mereka..kiranya dia lebih tua dari kita...angapla dia akan dapat membimbing kita...saya sedar,,ada yg datang belajar,,berkorban masa dan tenaga,,tapi ingatla,,selagi mana kita hidup,,selagi itula,,ilmu perlu dicari...terasa hati ini,,sebab hari ni ada orang mengajar saya,,bagaimana ingin mengajar mengikut citarasa mereka,,sedang apa yang saya sediakan adalah berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan oleh MLVK.

Saya tak kisah jika ada yang membandingkan saya dengan chef yang lain,,sebab saya tahu kemampuan saya,,,apa yang saya tahu,,,kemungkinan orang lain tak tahu...tapi hati terasa puas,,sebab 80 orang termasuk asnaf zakat selangor semua nya dah dapat kerja dengan Giant, Jaya jusco dan beberapa hotel..tersentuh hati ini bila ada yg beritahu,,gaji mereka setiap bulan sedikit akan diberikan kepada ibu bapa mereka...itulah kepuasan yang teramat puas yg saya dapat rasakan sepanjang hidup saya...

Percayala,,apa yg luahkan ini bukanla membuka aib sesiapa...ada orang suumbanganya kpd masyarakat berlainan caranya..saya tidak mahu apa yg saya lakukan untuk dibalas,,,usaha saya ini hanya salah satu cara saya dapat menyumbangkan sesuatu kpd masyarakat..."Sebaik-baik Manusia Adalah Pada Mereka Yang Dapat Beri Manafaat Kepada Orang Lain"

minta maaf,kiranya apa yang saya coretkan ini,,ada yg terasa hati..tak ada niat lain,,hanya ingin melihat bangsa saya akan lebih maju dan terus maju,,dengan penglibatan yang ramai dalam perniagaan bakeri,,,yang menuntut fardhu kifayah,,untuk membekalkan makanan halal kepada masyarakat kita...wassalam

Monday, May 25, 2009

KURSUS PADA PADA 30 MEI 2009

Assalamualaikum......Bakeri Ria Academy baru selesai mengambil pendaftaran program Train & Place Kementerian Sumber Manusia di Kampus Bandar Baru Bangi..Sehubungan dengan itu, Bakeri Ria Academy Taman Melawati akan memulakan kursus-kursus jangka pendek, khusus untuk usahawan yang ingin menceburi perniagaan bakeri. maklumat kursus adalah:

30 Mei 2009 (Sabtu - 10.00am - 03.00pm)
Room 1 - Kursus Pembuatan Bun & Donut (RM 150)
Room 2 - Kursus Butter Cream & Cup Cake Decoration (RM 150)

Berminat, sila klik disini http://cheffarid.com/?page_id=4 atau, sila hubungi cheffarid 019-3824067.

PEMBERITAHUAN

ASSALAMUALAIKUM,,,ADALAH DIBERITAHU BAHAWA PEBGAMBILAN BELIA MENGIKUTI PROGRAM TRAIN & PLACE BAKERI DI BAKERI RIA ACADEMY TELAH DITUTUP.

PADA MASA SEKARANG BAKERI RIA ACDEMY SEDANG MEMOHON PENAMBAHAN PELAJAR SARI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, UNTUK PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN DAN GRADUAN MENGNGGUR MENGIKUTI KURSUS BAKERI DI BAKERI RIA ACADEMY.. SEHUBUNGAN DENGAN ITU,,BAKERI RIA ACDEMY DENGAN INI MEMBUKA PENDAFTARAN UNTUK KEDUA-DUA KETEGORI PESERTA TERSEBUT. SILA HUBUNGI -
CHEFFARID 019-3824067 UNTUK MAKLUMAT LANJUT.SEKIAN

Wednesday, May 06, 2009

KURSUS BAKERI PERCUMA!!!!!!

06 MEI 2009 - ASSALAMULAIKUM,,,,,MASIH BANYAK LAGI KEKOSONGAN...DAFTAR SEKARANG SEHINGGA 25 MEI 2009

Assalamualikum,,,,berikutan kegawatan ekonomi global, yang kesannya dirasai di negara kita, pihak Kementerian Sumber Manusia, telah menganjurkan "PROGRAM TRAIN & PLACE" untuk Belia, Siswazah menganggur dan Pekerja yang diberhentikan, untuk di latih semula sebelum di tempatkan bekerja kedalam industri.Sehubungan dengan itu, BAKERI RIA ACADEMY telah dipilih sebagai "TRAINING PROVIDER" untuk menjalankan program ini, khusus melatih pekerja mahir dalam bidang Bakeri.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Nama Kursus : Sijil Junior Baker Level 1 & Sijil Baker Level 2
Sijil Intensive Bakery
Tempoh Kursus : 6 Bulan
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Asrama: Disediakan (1 bilik 3 org)
Tempat : Kampus Baru Bakeri Ria Academy, Sibertel, Jalan Cemerlang 1, Sg Tangkas, Bandar Baru Bangi (Sebelah stesen Komuter UKM)
Kursus Bermula : 18 Mei 2009 (yg lewat daftar,boleh mula kursus sebelum 15 Jun 2009)

Kelayakan

* Berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia - Sila Copy atau Klik disini untuk pendafaran http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
* Belia (18 thn keatas) - Mendapat Elaun RM 500.00/Sebulan


SELEPAS MENAMATKAN KURSUS INI, PIHAK BAKERI RIA ACADEMY AKAN MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI DALAM SEKTOR PERUNCITAN & PERHOTELAN.

PARA USAHAWAN YANG BERMINAT MENCEBURI PERNIAGAAN BAKERI ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON

SILA SMS NAMA, ALAMAT & NO PENDAFTARAN JobMalaysia ke No 019-3824067