<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Sunday, March 30, 2008

Berjumpa Sahabat Baru - Chef sabri


Assalamualaikumj,,,,pada khamis minggu lepas, BRA telah dikunjungi oleh Pegawai Pengesah Luaran dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, yang akan memeriksa Potfolio Calon kursus Junior Baker Level 1. Pada mulanya agak terkejut juga, coz,, rasa-rasanya pernah nampak kelibat beliau ni,,,,fikir punya fikir barula saya teringat, pernah nampak dalam rancangan masakan bersama Erra Fazira di Astro. Rupa-rupanya Chef Sabri ni dah banyak membuat rancangan masakan di TV. Selepas membuat pemeriksaan Potfolio, kami sempat bersembang dengan kerjaya masing2. Beliau dalam bidang masakan, manakala saya dalam bidang Bakeri. Ada titik persamaan antara kami, dimana kami membangkitkan makanan yg tidak halal dalam industri makan di negara ini. Sikap beliau yg tidak mahu bersubahat dalam proses penyediaan makanan yg terdapat unsur Lequire (Wain) dalam masakan, sehinggakan diceritakan pada satu ketika, semasa bekerja di sebuah Hotel terkemuka, beliau telah diminta oleh seorang pembesar,menyediakan makanan yg mengandungi bahan tersebut. Oleh kerana bertegas dengan prinsipnya, beliau telah memanggil kawannya dari Pulau Phuket untuk datang ke Kuala Lumpur, seterusnya menyediakan makanan untuk pembesar tersebut. Oelh kerana ketidak selesaan bekerja, dan yakin rezeki yang halal terdapat dimana2, beliau telah bekerja di tempat lain. Moralnya yg boleh kita dapat dari peristiwa ini, kita hendaklah yakin dengan kebolehan kita, jangan tunduk pada tekanan, kiranya apa yg kita rasakan betul. Jika tidak mengikut telunjuk mereka, kita masih mempunya peluang di tempat lain, siapa sangka, akhir nya kita boleh mencipta nama dan kerjaya dengan lebih cemerlang lagi. Begitu juga saya,,,pernah dibaling dengan kek oleh Exec Chef , semata2 saya tidak mahu masukkan Wain dalam kek itu. Dan saya yakin, jika berpegang pada kebenaran untuk mendapakan rezeki yg halal dan berkat, kat mana2 pun boleh dapat, bumi ALLAH ni luas, dan hidup kita ni sementara, esok lusa kita akan kembali padaNYA, dengan segala amalan yg akan dipersoalkan nanti.
Antara kebimbangan kami, kurang nya penekanan penguatkuasaan keatas pengendali indistri makanan. Dan sikap orang2 kiata yg berada dalam industri yg bersubahat mengeluarkan makanan yg tidak halal.
Diakhir perbincangan, saya telah berkongsi pengetahuan membuat blog, dan kepada sesiapa yg ingin berkenalan, berinteraksi dan mengemukakan sebarang pertanyaan, sila lawati
www.chefsabri.blogspot.com

Sekian. terima Kasih

Monday, March 24, 2008

Kursus Pada 29 & 30 Mac 2008

Assalamaualikum semua. & salam sejahtera..pada minggu ini, seperti biasa Bakeri Ria Academy (BRA)akan meneruskan kursus secara berpakej dan kursus yang melibatkan pengajar jemputan (chef Noraini). Tujuan BRA menganjurkan kursus ini adalah untuk memperluaskan lagi ilmu membuat produk bakeri agar lebih ramai lagi usahawan yg akan terlibat dalam perniagaan ini. Pada pandangan saya, industri bakeri ini masih terdapat ruang kekosongan yg nyata, kerana kurangnya penglibatan orang kita dalam bidamg ini. Diharap dengan kursus ini serta khidmat nasihat selepas kursus akan dapat membuka peluang kepada usahawan membuat berbagai jenis produk bakeri, walupun secara kecil-kecilan dirumah.

Kursus Pada Minggu Ini, Adalah :

Kursus Berpakej (2 Hari)

ROOM 1 - Yuran RM 250
29 Mac 08 - Variety Bun (13 Jenis)& Donut (6 Jenis)
30 Mac 08 - Variety Bread ( 5 jenis)

ROOM 2 - Yuran RM 250
29 Mac 08 - Basic Royal Icing Cake - Modul cara membuat sugar paste, campuran warna, daun, bentuk2 rekaan, bunga hiasan)
30 Mac 08 - Sambungan Royal Icing Cake & Royal Icing Cup Cake Decoratin - Modul membuat gubahan, topping, tirai hiasan, hiasan atas Cup Cake menggunakan Sugar Paste)

ROOM 3 - Yuran RM 250
29 Mac 08 - New Recipe Chocolate Moist Cake, Lemon Cheese Cake & Cinnamon Carrot Cake
30 Mac 08 - Coklat Buatan Tangan

Kursus Chef Jeputan: Kek Lapis - 30 Mac 08

ROOM 4 - CHEF NORAINI (RM 150)

Seorang chef yang mencipta nama melalui penulisan berbagai buku resepi masakan, kebanyakan nya telah berada di pasaran. Beliau akan mengajar 3 Jenis kek lapis. Beliau sedia memberikan diskaun kepada mereka yg ingi membeli buku beserta tanda tangan pada buku tersebut

"Hand On Concept * Bahan Mentah Disediakan * Silibus * Sijil Penyertaan * Produk yang dibuat dibawa pulang * Kursus Bermula 10.00 am -4.30 pm Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067,atau sila klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4

Sunday, March 23, 2008

Ulangan - Penerangan Mengenai Smidec

Assalamualaikum,,,,saya ada menerima banyak pertanyaan mengenai Plan Geran Bantuan Permulaan Perniagaan Smidec

SMIDEC yang berada di bawah MITI, ada menyediakan Geran Bantuan Permulaan Perniagaan kepada usahawan yg baru menceburi sebarang jenis perniagaan. Ramai juga yg telah saya berikan khidmat nasihat, berjaya mendapatkan bantuan ini (ingat ini bukan pinjaman so tak ada bayaran balik). Disini saya ingin menerangkan serba sedikit, bagaimana ingin mendapatkan geran tersebut.


Nama:En Ahmad
Jenis Perniagaan :Kedai Runcit
Tarikh mula berniaga mengikut pendaftaran ROC : 1 Mac 2008
Tarikh buka akaun (Current Account): 07 Mac 2008
Perjanjian Penyewaan : 01 Mac 2008 - 02 Mac 2010 (Dimatikan stem di pejabat HASIL)
Lesen Pihak Berkuasa Tempatan : 07 Mac 2008 - 31 December 2008

Penerangan.

1.Langkah pertama, En Ahmad layak untuk mendapatkan bantuan ini kiranya permohonan en Ahmad dilakukan dalam masa enam bulan dari tarikh memulakan perniagaan (01 Mac 08 - 01 Oct 08). Jadinya En Ahmad akan mula membuat permohonan selepas bulan ke empat ( 01 Ogos 08)beliau memulakan perniagaan
2.Pada 01 Ogos 08, En Ahmad perlu mendaftarkan secara online permohonan geran bantuan, klik disini http://www.smidec.gov.my/detailpage.jsp?page=itaf1application
3.En Ahmad dikehendaki menyediakan
a) Salinan sijil ROC
b) Salinan Penyata Bank 3 bulan ( pada penyata tersebut terdapat transaksi pembayaran sewa)
c) Salinan Perjanjian sewa
d) Salinan Lesen PBT.
4) Hantar semua salinan dokumen tersebut ke pejabat Smidec yg berhampiran
Mengikut pengalaman saya, selepas 2 minggu, pihak Smidec akan datang ke premis perniagan untuk tujuan siasatan. Dalam masa 3 bulan En Ahmad akan menerima pembayaran pertama. Cara kiran pembayaran akan dibuat oleh pihak Smidec bergantung kepada nilai sewaan premis tersebut. Contoh kiranya En Ahmad menyewa dengan kadar RM 3200, maka beliau layak untuk mendapat bantuan Smidec sebanyak RM 40,000. pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali selama 24 Bulan (setiap 8 bulan)

* Saya tumpang gembira kiranya khidmat nasihat saya ini akan membantu org lain untuk memulakan perniagan, tiada satu pun habuan yg saya pinta. cukuplah dengan hanya ucapan terima kasih. Sekian Wassalam


Monday, March 17, 2008

KURSUS PADA 22 & 23 MAC 2008

Assalamaulaikum semua.....saya minta bebanyak maaf kerana tidak dapat membalas semua pertanyaan puan2 semua. sebok bebenor (kata org perak). InsyaALLAH jika tiada halangan, Bakeri Ria Academy akan menjalinkan kerjasama dengan sebuah Pasara Besar, melatih para belia, menjadi "BAKER" seterusnya akan diserapkan bekerja di semua cawangan pasaraya tersebut di negara kita. Mereka ini akan di beri elaun bulanan khas, pembelajaran percuma selama 3 bulan,,,akhir nya mereka akan ditawarkan bekerja dengan gaji bulanan yg lumayan....Cheffarid akan ditugaskan mencari calon yg sesuai, dan iklan mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi didalam blog ini. Tunggu la ye...


Kursus Pada Minggu Ini Adalah:


PAKEJ (Yuran RM 250-2 hari)
ROOM 1
22 Mac 2008 - Variety Bun & Donut
23 Mac 2008 - Variety Danish & Pastry


ROOM 2 (Yuran RM 150)
23 Mac 2008 - Butter Cream & Cup Cake Decoration


ROOM 3 (Yuran RM 150)
23 Mac 2008 - Coklat Buatan Tangan


"Hand On Concept * Bahan Mentah Disediakan * Silibus * Sijil Penyertaan * Produk yang dibuat dibawa pulang * Kursus Bermula 10.00 am -4.30 pm Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067,atau sila klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4

KURSUS BERSAMA CHEF NORAINI DI BRA

Assalamualaikum semua,,,,Penulis buku resepi yang telah banyak menghasilkan berbagai jenis buku yg berkaitan dengan dunia masakan, CHEF NORAINI, akan terus mengadakan kursus di BRA. setakat ini, Chef Noraini telah mengadakan 2 kursus Kek Lapis di BRA yg telah mendapat sambutan. Untuk kursus akan datang, Chefv Noraini akan membuat kursus di BRA pada:

ROOM 1 - 30 Mac 2008 - Kursus Kek Lapis (Yuran RM 150)
Jenis resipi kek lapis :
1. Kek Lapis Prun (tradisional)
2. Kek Lapis Semarak (lapis sarawak)
3. Kek Roll Dinda (lapis sarawak)+ 3 resipi bonus



ROOM 1 - 13 April 2008 - Kursus Biskut Raya (Yuran RM 150)
Jenis resipi biskut raya :
1. Biskut Almond London
2. Biskut Tat Gulung
3. Biskut Mama Carey
4. Biskut Cip Coklat
5. Biskut Havana + 3 resipi bonus
6. Tips dan Panduan Menjalankan Bisnes Biskut Raya (Resipi bisnes)

ROOM 1 - 27 April 2008 - Kursus Kek Lapis (Yuran RM 150)
Jenis resipi kek lapis :
1. Kek Lapis Prun (tradisional)
2. Kek Lapis Semarak (lapis sarawak)
3. Kek Roll Dinda (lapis sarawak)+ 3 resipi bonus


"Hand On Concept * Bahan Mentah Disediakan * Silibus * Sijil Penyertaan * Produk yang dibuat dibawa pulang * Kursus Bermula 10.00 am -4.30 pm Berminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067,atau sila klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4

Tuesday, March 11, 2008

Kursus Pada 15 & 16 Mac 2008

Assalamualaikum ,,,pada semua....minggu ini, BRA akan menyambung kursus selepas ditangguhkan pada minggu lepas kerana hari mengundi. Jadi kepada sesiapa yang berminat,,sila lihat jadual kursus di bawah.

KURSUS BERPEKEJ
ROOM 1
15 Mac 08 - Variety Bun(13 type) & Donut(8 type) - Pengajar chef Jun & chef ayu
16 Mac 08 - Variety Bread-Potatoes Bread, France Loaf Bread, Oat Meal Bread, Soap Bawl Bread & Raisin Bread- Pengajar chef June & chef ayu
* Yuran RM 250 (Biasa RM 300)

ROOM 2
15 Mac 2008 - Variety Croissant & Danis - Pengajar chef June (RM 150)

*Hand On Concept * Bahan Mentah Disediakan * Silibus * Sijil Penyertaan * Produk yang dibuat dibawa pulang * Kursus Bermula 10.00 am - 03.30 pmBerminat, Sila Hubungi cheffarid 019-3824067,atau sila klik disini untuk pendaftaran http://cheffarid.com/?page_id=4