<BGSOUND loop=infinite src="http://cyberonehost.com/singgah.wma">

Tuesday, April 14, 2009

ROMBONGAN PERNIAGAAN CHEFFARID KE GOUNGZHOU

Assalamualaikum,,,cheffarid dengan kerjasama Iwani Frozen Food akan membuat lawatan ke Goungzhou. Berikut Maklumat lawatan tersebut

Nama Program : Lawatan Perniagaan Ke Goungzhou
Tarikh Lawatan : 19 Mei 2009 - 23 April 2009
Yuran : RM 2800 seorang - termasuk tambang kapal terbang, penginapan hotel, minum pagi, pengangkutan dari airpotke hotel dan ke tempat jualan borong

Jadual Lawatan:
19 Mei 09 - Berkumpul & bertolak dari LCCT KLIA ke Bayun Internasional Airport Goungzhou
20 Mei 09 - Lawatan ke China Internasional Bakery Fair - Paujan Exerbition Centre, Lawatan Kolej Bakeri (PEMERAN BAKERY TERBESAR CHINA 2009)
21 Mei 09 - Lawatan ke Pasar Barangan Elektronik, Kain & baju, Barangan Dapur, Beg Pakaian, Kasut, eksesori Wanita, pasar jam
22 Mei 09 - Aktiviti bebas & mengumpul barangan untuk eksport ke Malaysia
23 Mei 09 - Bertolak balik ke Malaysia

Objektif Lawatan:
* Membuka peluang perniagaan kepada bakal2 usahawan, mengenai produk yg boleh dibeli secara borong pada kadar harga yang murah
* Memberi pengetahuan kepada usahawan, cara dan bagaimana untuk mengeksport barangan yg telah dibeli ke Malaysia.
* Memahami peraturan perdagangan negara China

Bakal Usahawan Yang Patut Menyertai Lawatan Ini:
* Pengusaha Bakeri
* Pengusaha Catering
* Perniagaan Runcit
* Usahawan Kain & Fabrik
* Perniagaan Makanan
* Eksesori Wanita

Nota: Lawatan ini akan diadakan kiranya terdapat 10 orang atau lebih yg berdaftar.

Berminat, sila hubungi cheffarid 019-3824067

cheffarid Day Out - Goungzhou & Shanzen China

Assalamualaikum. Cheffarid dengan kerjasama En Fauzi dari Iwani Frozen Food telah melawat Goungzhou & Shanzen pada 05 April - 11 April 09. Tujuan lawatan ini adalah untuk meneroka peluang perniagaan, yg mana syarikat Iwani telah lama merinstis laluan perniagaan di negara tersebut.Apa yg dapat diperhatikan, banyak peluang perniagaan yang boleh usahawan kita terokai, seterusnya mengeksport barangan secara borong, terus ke negara kita, disini cheffarid upload gambar untuk tatapan pembaca semua
LAWATAN KE KOLEJ BAKERY GOUNGZHOU





MELAWAT KILANG MEMBUAT OVEN


JUALAN BORONG BARANGAN PENGGUNA


SEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID GOUNGZHOU
MAKAM SAHABAT NABI - SAAT IBNU WAQAS ra
Syahdu rasa hati pabila mengenangkan kegigihan beliau menyebarkan ajaran Islam, terpisah dari sahabat yg lain. Sehingga kini masyarakat Islam di China sekitar 120 juta.