Assalamualaikum,,,syukur alhamdulillah,,masuk harini dah 2 minggu program train & place berjalan,,,yg mendaftar seramai 150 org,,dan terlebih 14 orang,,insyaallah 14 org ni akan saya serapkan dalam permohonan terbaru saya dengan pihak Kem.Sumber Manusia,untuk melatih pekerja yg diberhentikan,,tambahan kouta yg dipohon seramai 100 org,,so bermakna ada 86 tmpat kekosongan lagi yg ada, kiranya permohonan saya ini diluluskan,,kpd yg berminat mendaftar,,sila sms nama,alamat dan tempat kerja yg memberhentikan anda kerja ke no sya 0193824067.
Daripada seramai 150 org yg mendaftar, kebanyakan mereka dtg dari keluarga yg berpendapatan rendah,,sya cuba memhami keperitan mereka,,niat saya ingin membantu,,jika kita memberi bantuan kewangan,,lama kelamaan, bantuan tu akan habis,,tapi jika beri ilmu pengetahuan dan kemahiran,,nescya apa yg diberikan akan dimanafaatkan oleh mereka untuk mendapat peluang pekerjaan yang baik dimasa hadapan.
Untuk makluman semua program ini adalah tajaan Kem Sumber Manusia,,yg mana peserta tersebut akan dibiayai kos pembelajaran serta elaun.kursus yg diikuti adalah kursus sijil kemahiran malaysia tahap 1 & 2...so setiap peserta akan mengikut prosuder pembelajaran mengikut syarat yg telah ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran(MLVK),
Hari ni terasa beban yg amat sangat pada diri saya,,,sebab ada yg kurang faham tentang program yang dijalankan...saya cuba memuaskan hati semua orang,,,ingin melihat kesempurnaan dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Sudah 4 tahun saya tubuhkan BRA, untuk memberi didikan dan pendedahan permulaan,kepada bangsa saya,dunia perniagaan bakeri. bukan keuntungan yg saya kejarkan,,jika kemewahan yg saya citakan,,saya boleh dapat bekerja di luar dengan pendapatan yg lumayan..tapi saya mahu lebih ramai lagi bangsa saya yg boleh saya didik untuk membuka perniagaan bakeri...banyak lagi kekosngan perniagaan bakeri yg dimilki oleh orang kita...dengan pengalaman dilemparkan dengan kek yg saya buat tanpa memperdulikan arahan pengurusan sebuah hotel supaya setiap kek yg dibuat dimestikan mencampur dengan arak pada tahun 1997,,menjadikan saya berazam untuk merubah persepsi tersebut agar lebih ramai lagi org kita yng pandai membuat kek tanpa arak...itu la tujuan utama saya buka BRA.
Sedih rasa hati,,bila ada orng pertikaikan kemampuan saya...tapi saya dengan cara saya,,cuba mengelakkan pertelingkahan,,agar tak mahu dituduh ego...saya sedar,BRA saya ini bukanlah syarikat yg besar serta mempunyai kewangan yang banyak.percaya tak kiranya,,saya beritahu,,modal permulaan saya buka BRA ini pada tahun 2006 hanya RM 5000 sahaja..tapi niat untuk membantu bangsa saya, menguatkan keazaman saya, seterusnya menjadikan BRA saya ini terus maju kehadapan...saya selalu pesan,,jika kita ingin menuntut ilmu,,apab
ila guru menunjuk ajar apa yg kita tahu,,jangan sesekali menunjuk pandai,,sehingga mengguriskan hati guru tersebut...hormati mereka..kiranya dia lebih tua dari kita...angapla dia akan dapat membimbing kita...saya sedar,,ada yg datang belajar,,berkorban masa dan tenaga,,tapi ingatla,,selagi mana kita hidup,,selagi itula,,ilmu perlu dicari...terasa hati ini,,sebab hari ni ada orang mengajar saya,,bagaimana ingin mengajar mengikut citarasa mereka,,sedang apa yang saya sediakan adalah berdasarkan garis panduan yang telah di tetapkan oleh MLVK.
Saya tak kisah jika ada yang membandingkan saya dengan chef yang lain,,sebab saya tahu kemampuan saya,,,apa yang saya tahu,,,kemungkinan orang lain tak tahu...tapi hati terasa puas,,sebab 80 orang termasuk asnaf zakat selangor semua nya dah dapat kerja dengan Giant, Jaya jusco dan beberapa hotel..tersentuh hati ini bila ada yg beritahu,,gaji mereka setiap bulan sedikit akan diberikan kepada ibu bapa mereka...itulah kepuasan yang teramat puas yg saya dapat rasakan sepanjang hidup saya...
Percayala,,apa yg luahkan ini bukanla membuka aib sesiapa...ada orang suumbanganya kpd masyarakat berlainan caranya..saya tidak mahu apa yg saya lakukan untuk dibalas,,,usaha saya ini hanya salah satu cara saya dapat menyumbangkan sesuatu kpd masyarakat..."Sebaik-baik Manusia Adalah Pada Mereka Yang Dapat Beri Manafaat Kepada Orang Lain"
minta maaf,kiranya apa yang saya coretkan ini,,ada yg terasa hati..tak ada niat lain,,hanya ingin melihat bangsa saya akan lebih maju dan terus maju,,dengan penglibatan yang ramai dalam perniagaan bakeri,,,yang menuntut fardhu kifayah,,untuk membekalkan makanan halal kepada masyarakat kita...wassalam